web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasangan Kekasih Antara Dalang Edar Dadah, Langkawi Jadi Markas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Mar 2022 8:27PM

3 individu termasuk sepasang kekasih ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di sebuah rumah di Kampung Huma, Mukim Ayer Hangat, petang semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Polis menahan tiga individu termasuk sepasang kekasih kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di sebuah rumah di Kampung Huma, Mukim Ayer Hangat, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, pihaknya turut merampas dua jenis dadah seberat hampir lima kilogram. 

Menerusi serbuan itu katanya, polis terlebih dahulu menangkap seorang lelaki berumur 36 tahun di luar rumah, sebelum menahan pasangan kekasih berkenaan, berusia 27 dan 41 tahun yang berada dalam rumah tersebut. 

"Kami kemudiannya menemui beg galas berwarna kelabu mengandungi 10 peket plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk berwarna putih, disyaki dadah jenis heroin seberat kira-kira 4.1 kilogram.

"Selain itu, terdapat juga beg plastik bercorak kartun berwarna putih dan hitam mengandungi 15 peket lutsinar berisi bahan kristal, disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 776 gram di rumah tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, hari ini. 

Tambahnya, nilai bagi dadah jenis heroin itu dianggarkan sebanyak RM53,600 manakala dadah jenis syabu itu pula berharga kira-kira RM20,000 di pasaran tempatan. 

"Pihak kami turut menemui penimbang dipercayai digunakan untuk menimbang semua dadah itu. Kami percaya kesemua dadah yang dirampas adalah untuk pasaran di Langkawi namun masih menyiasat dari mana bekalan tersebut diperolehi. 

"Siasatan ketika ini masih diteruskan dengan pasangan kekasih tersebut dipercayai menjadi 'mastermind' dalam kegiatan ini," katanya. 

Tambahnya, ujian urin dijalankan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan mendapati kesemua mereka positif dadah jenis metafetamin.

"Sebuah kereta jenis Honda City berharga kira-kira RM35,000 turut disita bagi membantu siasatan. 

"Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya. -Getaran 7 Mac 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia