web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanyut Dibawa Arus, Pelatih AMD Dikhuatiri Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Mar 2022 9:57PM

Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seorang pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) bawah 14 tahun, dikhuatiri lemas setelah dibawa arus ketika sedang bermandi-manda di sungai, dekat Kampung Padang Temu, Batu 48, di sini, petang tadi.

Menurut Pemangku Ketua Zon 3, Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang tadi ketika mangsa, Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa, 14, mandi bersama rakan-rakannya.

“Sewaktu mandi, mangsa dikatakan tiba-tiba dibawa arus tanpa sempat diselamatkan.

“Rakan-rakan mangsa cuba mencarinya namun gagal sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa, yang menghubungi pihak bomba kira-kira jam 4.11 petang,” katanya.

Rahimi berkata, setibanya pihak bomba ke lokasi, hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan paras air sungai turut meningkat.

“Keadaan itu mengakibatkan operasi pencarian menjadi lebih sukar,” katanya.

Sementara itu jurucakap AMD menerusi laman Facebook rasminya memohon doa daripada semua pihak agar urusan pencarian bakat muda tersebut dipermudahkan dan dapat ditemui dalam keadaan selamat.

“Ketika ini Muhammad Saiful dan semua pelatih bawah 14 serta 15 tahun AMD sedang bercuti semester.

“Mereka berada di kampung halaman masing-masing bermula 19 hingga 27 Mac,” katanya. - Getaran 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia