web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2024 9:11PM

- Gambar Bomba Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di daerah ini ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa mangsa lelaki berusia 23 tahun itu pada jam 11.12 pagi.

Beliau berkata mangsa bersama-sama 16 lagi rakannya sedang menyiapkan tugasan Pemasaran Digital kawasan rekreasi dengan mempromosikan lokasi berkenaan.

"Kesemua mereka tiba di tapak perkhemahan itu jam 6 petang semalam. Mangsa yang sepatutnya keluar dari lokasi kejadian pada jam 9 pagi ini bertindak mandi di kolam ternakan ikan pemilik tapak perkhemahan itu bersama-sama empat lagi rakannya, jam 10.30 pagi.

"Mangsa kemudiannya disedari lemas dan tenggelam oleh rakan-rakannya pada jam 11 pagi namun berjaya dijumpai semula 15 minit kemudian. Dia diberikan bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zamry berkata mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Segamat untuk proses bedah siasat dan pihaknya akan meneruskan siasatan kejadian lemas tersebut menerusi Siasatan Kematian Mengejut (SDR). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

4

Semasa 4 bulan yang lalu

3 Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing, Mandi Di Sungai Sempit

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 15 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad