web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 8:03AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Identiti lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan di saliran longkang monsun berhampiran sebatang anak sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan petang tadi dikenal pasti sebagai warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan berkata, mangsa yang ditemukan lemas adalah anak sulung pasangan itu yang berusia 10, manakala yang masih hilang adalah ibunya berusia 38 tahun dan adik perempuan bongsunya, empat tahun.

Beliau berkata, mangsa yang selamat adalah bapanya, 40, dan seorang lagi adik lelakinya yang berusia sembilan tahun.

"Menurut bapanya, ketika kejadian mereka sekeluarga pergi ke kawasan berkenaan untuk menjala ikan bagi mendapatkan pendapatan tambahan, namun pada kira-kira 5 petang, datang air deras dari saliran monsun berhampiran menyebabkan mereka dihanyutkan hingga ke anak sungai yang berkedalaman 1.2 meter.

"Bagaimanapun, lelaki itu dapat menyelamatkan diri sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan pertolongan, manakala anak keduanya sempat menyelamatkan diri dengan naik ke sebelah kanan longkang berhampiran sebelum ditemukan oleh orang awam pada 5.30 petang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Anbalagan berkata, mayat anak sulung pasangan itu pula ditemukan satu kilometer dari lokasi mereka terjatuh sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang masih hilang sedang dilakukan.

Siasatan awal polis mendapati lelaki warga Indonesia itu sudah bermastautin di Malaysia hampir 10 tahun dan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk tukang paip untuk menyara hidup.

"Lelaki itu memaklumkan sudah beberapa kali ke lokasi kejadian untuk memancing dan hasil tangkapan akan dijual bagi mendapatkan sumber pendapatan tambahan," katanya.

Anbalagan juga berkata, lokasi kejadian bukan tempat memancing, namun ada individu yang datang ke situ bagi menangkap ikan untuk dijual.

"Lelaki terbabit cedera sedikit akibat terkena pokok, namun tidak serius, manakala anaknya yang terselamat tidak mengalami kecederaan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Mahu Jadi Hab Pelancongan

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Angkat Budaya Sabah, Sarawak

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran