web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasar Borneo Seri Kembangan Mahu Jadi Hab Pelancongan

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 8:00AM

Seorang peniaga mempromosikan barangan jualan kepada pengunjung Pasar Borneo di Seri Kembangan, Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Kerajaan diminta mengambil inisiatif agar Pasar Borneo di sini dapat dijadikan hab pelancongan untuk mempromosikan budaya Sabah dan Sarawak di Semenanjung.

Persatuan Peniaga Pasar Borneo Seri Kembangan, Entap Engin berkata, pasar tersebut berpotensi dijadikan daya penarik pelancong dalam dan luar negara.

Menurut beliau, sokongan pihak berwajib sangat diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Untuk tujuan itu, pasar ini perlu ditambah baik dengan pelbagai prasarana, khususnya tandas untuk kemudahan pengunjung,” katanya ketika ditemui Getaran.

Entap Engin
Entap Engin

Ethan berkata, peniaga ketika ini hanya ditawarkan kemudahan tapak, malah waktu operasi juga dihadkan kepada setiap Sabtu sahaja.

Katanya, sambutan diterima daripada peniaga yang mahu menyertai pasar itu amat mengalakkan, justeru pertimbangan perlu dibuat agar ia dapat beroperasi pada skala lebih besar.

“Dulu waktu kita bermula pada 2016, hanya ada 20 peniaga sahaja, tapi kini sudah mencecah 76 peniaga semuanya.

“Kita terima banyak permohonan cuma masalah kita adalah kapasiti yang terhad. Jadi kita terpaksa hadkan dan perlu buat saringan iaitu peniaga tak boleh jual barangan dan makanan yang sama.

“Kita buat syarat ini sebab kita nak pastikan kepelbagaian produk dan makanan untuk memastikan keunikan Pasar Borneo dikekalkan,” katanya.

Antara kraftangan yang dijual di Pasar Borneo
Antara kraftangan yang dijual di Pasar Borneo

Entap memberitahu, antara matlamat kewujudan Pasar Borneo adalah untuk menjadikan ia sebagai pusat komuniti kepada anak Sarawak dan Sabah yang menetap di Semenanjung.

“Pasar ini juga adalah platform perniagaan buat mereka. Kita memang latih mereka untuk berniaga kerana ada yang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu untuk memasarkan produk masing-masing.

“Misalnya kita dulu pernah ada peniaga yang menjual produk lada hitam Sarawak di pasar ini. Kini mereka sudah berjaya dan produk dihasilkan berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat,” katanya.

Untuk info, Pasar Borneo beroperasi setiap Sabtu bermula jam 7 hingga 11 pagi.

Pasar Borneo sentiasa padat dengan pengunjung setiap kali beroperasi
Pasar Borneo sentiasa padat dengan pengunjung setiap kali beroperasi

Di Pasar Borneo, pengunjung dapat menikmati pelbagai makanan tradisional yang menyelerakan seperti mi kolok, kek lapis Sarawak, celorot, ayam pansuh, asam terung, umai, kuih cincin dan penyaram atau juga dikenali sebagai cucur Jawa.

Selain makanan, pasar ini juga menawarkan produk pertanian eksotik serta kraftangan tradisional kedua-dua negeri Borneo itu. - Getaran, 24 Jun 2024

Foto: Najjua Zulkefli
 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 5 hari yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Angkat Budaya Sabah, Sarawak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

3

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera Pengasuh Di Seri Kembangan

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Sajian Nasi Daun Pisang Enak Mesti Cuba!

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Semasa 10 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Politik 18 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri