web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasar Borneo Seri Kembangan Angkat Budaya Sabah, Sarawak

Jelajah Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2024 8:00PM

Seorang peniaga menyusun barang jualan di Pasar Borneo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Pasar Borneo yang terletak di Pusat Perdagangan Seri Kembangan di sini bukan sekadar pasar pagi biasa.

Sesuai nama, keunikan pasar yang beroperasi sejak 20176 itu terletak pada hasil jualan peniaga, yang khusus membawa pelbagai barangan tradisional Sabah dan Sarawak.

Antara makanan tradisional yang boleh didapati di pasar itu ialah mi kolok, kek lapis Sarawak, celorot, ayam pansuh, asam terung, umai, kuih cincin, penaram serta pelbagai menu lain.

Lebih unik, pelbagai produk pertanian turut dijual, antaranya ikan terubuk masin, belacan Sarawak, lada Sarawak, latok, buah tarap dan buah bambangan.

Julan Baling
Julan Baling

Pasar berkenaan juga menjadi pusat kraftangan etnik Sabah dan Sarawak, yang sememangnya amat terkenal dengan perhiasan berasaskan manik serta labuci.

Jika anda penggemar perhiasan gerek berunsur etnik, Pasar Borneo adalah lokasinya kerana di sini, anda akan rambang mata apabila dijamu beraneka anting-anting, rantai leher, rantai tangan, rantai kaki, gelang tangan, aksesori kepala, perhiasan, pakaian tradisional dan beg anyaman.

Peniaga Julan Baling, 41, berpendapat, Pasar Borneo ialah platform yang memperkenal dan mendekatkan budaya negeri Bumi Kenyalang dan Negeri Bawah Bayu itu dengan rakyat Semenanjung.

“Sambutan sangat mengalakkan. Pasar Borneo semakin dikenali ramai terutama dalam kalangan orang Semenanjung yang ramai berkunjung ke sini.

“Berbanding masa awal pembukaan pasar ini, yang ramai ketika itu orang Sabah Sarawak sahaja. Tapi sekarang pasar ini menjadi tumpuan untuk mereka yang mahu merasai keunikan makanan dan budaya kedua-dua negeri,” katanya ketika ditemui.

Julan yang menjual produk kraftangan mula berniaga di pasar itu sejak 2011.

Jelas beliau, kesemua perhiasan dan aksesori yang dijual dihasilkan sendiri termasuk aksesori kepala dan perhiasan pakaian tradisional, seperti perhiasan kepala dipanggil ‘lavong bunga’ yang biasa digunakan untuk majlis keramaian.

“Perhiasan kepala ini saya ambil masa dua hari untuk buat sebab pembuatan rumit dan perincian maniknya halus. Sebab itu kita jual dengan harga yang mahal sikit dalam RM165,” katanya.

Selain aksesori manik yang dibuat sendiri, Julian turut menjual beg anyaman yang dihasilkan oleh komuniti Penan.

Sementara itu, pengunjung Alia Hairil, 28, dari Cheras berkata, pasar itu sudah menjadi destinasi kegemarannya untuk mendapat makanan tradisional Sarawak yang sukar didapati di tempat lain.

Alia Hairil
Alia Hairil

“Saya selalu datang ke sini, macam hari ini saya bawa nenek dan makcik saya jalan- jalan, nak bagi mereka tengok keunikan pasar ini,” katanya.

Alia berkata dia akan membeli makanan kegemarannya iaitu mi kolok dan cucur jawa setiap kali datang ke pasar itu.

Seorang lagi pengunjung, Nurahzlida Nisrah Busdah, 40, yang tinggal di Damansara berkata ini merupakan kali pertama dia berkunjung ke pasar tersebut.

Nurahzlida berkata, sebagai anak jati Sarawak dia teruja apabila mengetahui wujudnya pasar itu yang menjual makanan dan produk tradisi negerinya.

 Nurahzlida Nisrah Busdah
Nurahzlida Nisrah Busdah

“Saya tahu dari media sosial, memang dah lama tahu cuma baru hari ini ada kesempatan untuk datang.

“Bagi saya pasar ini sangat okay sebab makanan yang kita nak cari itu ada macam buah dabai dan kuih- muih,” katanya.

Untuk info, Pasar Borneo hanya beroperasi setiap Sabtu bermula jam 7 hingga 11 pagi. - Getaran, 23 Jun 2024

Foto : Najjua Zulkefli

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Pasar Borneo Seri Kembangan Mahu Jadi Hab Pelancongan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Kenal Pasti Identiti 5 Sekeluarga Dihanyutkan Arus Deras Ketika Menjala

3

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Jurang Pendidikan Di Borneo Akan Terus Dirapatkan, Fokus Pada Sekolah Daif - Fadhlina

4

TARA 1 tahun yang lalu

Gunung Sinsing, Ketiga Tertinggi Di Malaysia Berketinggian 2,586 Meter

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 23 jam yang lalu

Program Pengurusan Berat Badan Diperibadikan Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

oleh Rahayu MN