web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuti Telah Berakhir, Di Mana Santhara?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 4:52PM

Cuti panjang selama 55 hari yang diambil Santhara telah mencetuskan kontroversi selepas beliau didapati melawat keluarganya di New Zealand. Gambar dari Facebook Dato Sri Dr Santhara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Cuti tahunan Datuk Seri Edmund Santhara Kumar selama 55 hari berakhir Sabtu lepas namun Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu masih belum menyambung tugas rasminya.

Perkara ini disahkan oleh pegawai di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan, yang menyatakan Ahli Parlimen Segamat itu tidak muncul di pejabat semalam dan hari ini.

Santhara meninggalkan negara ini untuk mengunjungi keluarganya di New Zealand tiga bulan lalu, iaitu pada 23 Disember 2020.

Cuti beliau bermula 28 Disember dan berakhir 20 Mac lalu. Beliau sepatutnya kembali bekerja semalam selepas cuti panjang yang penuh kontroversi itu.

“Tidak, beliau tidak berada di pejabat dalam dua hari ini. Saya tidak mempunyai maklumat mengenai kedudukannya,'' katanya kepada The Vibes hari ini.

Ditanya sama ada beliau mengetahui bila Santhara akan kembali, beliau berkata:

''Maaf, saya tidak boleh memberikan maklumat. Apa yang saya boleh katakan ialah Santhara tidak berada di pejabat dan saya tidak mengetahui di mana beliau berada ketika ini.

Pegawai berkenaan menambah, tiada program kementerian melibatkan Santhara untuk minggu-minggu akan datang.

Cubaan untuk menghubungi pegawai di kawasan Parlimennya tidak berjaya manakala Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa masih belum menjawab pertanyaan mengenai isu ini.

Emel telah dihantar pagi ini bagi mendapatkan penjelasan namun setakat berita ini ditulis, tiada maklum balas diterima.

Sarawak Report sebelum ini mendedahkan Santhara tidak berada di Malaysia sebaliknya meninggalkan negara ini untuk bertemu keluarganya di New Zealand pada Disember lalu.

Pada 1 Mac lalu, Santhara dalam satu kenyataan memaklumkan beliau mengambil cuti selama 55 hari dan permohonannya telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Annuar pada 18 Disember lalu.

Beliau memaklumkan telah mengikut semua peraturan imigresen dan berada di New Zealand untuk melawat isterinya yang sakit dan anak mereka yang sedang menuntut di negara itu.

The Vibes sebelum ini melaporkan Santhara dan isterinya telah memohon status PR di negara itu sedekad lalu, namun `perubahan keadaan' menyebabkan hasrat berkenaan dibatalkan.

Persoalan juga dibangkitkan sama ada beliau mendapat penempatan kecemasan dalam program kuarantin Covid-19 New Zealand yang terhad meskipun dinafikan oleh Menteri Respons Covid-19 New Zealand, Chris Hipkins.

Minggu lepas, Pemuda PKR Wilayah Persekutuan P. Prabakaran menyerahkan memorandum menggesa Pesuruhjaya Tinggi New Zealand supaya mengekstradisi segera Santhara kembali ke Malaysia sekiranya beliau melanggar undang-undang negara itu. - Getaran, 23 Mac 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Sukan 7 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran