web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Premis Dikompaun Gagal Guna Aplikasi RRIMniaga

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 8:57PM

Sembilan premis perniagaan getah dikompaun menerusi beberapa operasi sejak awal tahun ini, kerana didapati gagal menggunakan aplikasi RRIMNiaga - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan premis perniagaan getah dikompaun menerusi beberapa operasi sejak awal tahun ini, kerana didapati gagal menggunakan aplikasi RRIMNiaga.

Jurucakap Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu selaras dengan Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014 di bawah Peraturan (6)(2).

"Jika disabitkan kesalahan, pemegang lesen tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Menurut jurucakap itu, peniaga getah berlesen LGM telah diwajibkan menggunakan aplikasi RRIMniaga untuk urus niaga getah dengan pengeluaran resit digital berkuatkuasa 1 Januari lalu.

“LGM sedang mempergiatkan Ops Patuh RRIMniaga tahun ini dalam usaha memastikan peniaga getah menggunakan aplikasi tersebut secara konsisten.

“Ia selaras dasar kerajaan untuk melestarikan industri getah dan mempunyai pangkalan data yang komprehensif ke arah kebolehkesanan,” katanya.

Dengan penggunaan aplikasi tersebut, ujar jurucakap itu, pelbagai bantuan kerajaan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dapat disalurkan secara automatik kepada pekebun kecil getah.

"Sebarang aduan berkaitan pelanggaran peraturan dan syarat lesen atau permit yang dikeluarkan oleh LGM boleh disalurkan melalui talian 017-2915888," katanya. - Getaran, 22 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

7 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

3

TARA 1 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bakal Haji Perlu Muat Turun Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka