web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023 Utamakan Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Demi Terus Memelihara Keharmonian - Aaron

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 5:55PM

Aaron Ago Dagang - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah selaras dengan prinsip MADANI diasaskan Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, belanjawan bertemakan Membangun Malaysia MADANI itu, jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

“Saya menghargai dan menyambut baik Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri.

“Belanjawan 2023 memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi menjamin keharmonian dan perpaduan melalui Ikhtiar 11,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, inisiatif terbabit termasuk RM50 juta diperuntukkan bagi menggerak pelbagai program perpaduan dan integrasi nasional, antaranya Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dan Ini Warisan Kita.

Inisiatif berkenaan juga mencakupi RM50 juta disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam seluruh negara, selain inisiatif geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan berteraskan perpaduan.

Selain itu, dana RM25 juta diperuntukkan bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.

“Inisiatif ini juga membabitkan RM20 juta peruntukan disalurkan kerajaan bagi program perpaduan berlandaskan penerapan nilai murni antara kaum. Keutamaan diberikan kepada program sukan, kebudayaan dan kesenian di peringkat sekolah serta komuniti.

“Bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan anak-anak di sekolah, kerajaan bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia,” katanya.

Aaron berkata, kementeriannya komited dalam membantu kerajaan mencapai hasrat Belanjawan 2023.

“Dalam konteks ini, KPN percaya peruntukan diluluskan kepada kementerian kami adalah responsif, bertanggungjawab serta signifikan terhadap bukan sahaja pemegang taruh kami, malah komuniti dan masyarakat, selaras dengan aspirasi Membangun Malaysia MADANI,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Perayaan Disambut Minggu Ini Cerminkan Kepelbagaian Di Malaysia - Aaron

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kenyataan Tun M Cuba Nyalakan Kebencian Antara Kaum - Aaron Ago

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pandelela Diangkat Sebagai Ikon Perpaduan Negara

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Politik 29 minit yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sukan 13 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar