web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Universiti Terkemuka Filipina Anugerahkan Anwar Ijazah Doktor Kehormat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 11:05AM

Anwar Ibrahim (tengah) menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat dari Universiti Filipina (UP) di Manila, pagi ini. - Gambar oleh A. Azim Idris

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dari Universiti Filipina (UP) pagi ini.

Anwar dianugerahkan ijazah Doktor Undang-undang daripada institusi berprestij itu di teater kampus UP Diliman di Quezon City, sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara berkenaan.

Perdana Menteri disebut sebagai seorang sarjana berhubung ikon negara Filipina, Jose Rizal serta dianggap pakar ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi diiktiraf di peringkat antarabangsa, selain keperluan untuk akauntabiliti.

Penganugerahan ijazah kedoktoran itu disempurnakan Pengerusi Suruhanjaya Pendidikan Tinggi, J Perospero E De Vera III dan Presiden UP, Angelo A Jimenez.

Selepas menerima anugerah itu, Anwar menyampaikan ucapannya bertajuk ‘30 Years of Asian Renaissance: Strategic Takeaways from Asean’ kepada hadirin yang terdiri daripada ahli akademik, diplomat, pegawai kerajaan, pengamal media dan pelajar universiti berkenaan.

Menurut laporan akhbar, Naib Presiden Hal Ehwal Awam UP, Jose Wendell Capili berkata, Anwar adalah seorang ulama yang setia dalam kehidupan, karya dan ajaran ikon negara Filipina Jose Rizal.

Capili berkata, minat Anwar terhadap Rizaliana dilihat dengan kunjungannya secara kerap ke universiti di bawah bimbingan mendiang sejarawan UP dan dekan Kolej Sastera dan Sains UP, Diliman Cesar Adib Majul.

“Selain itu, Anwar dihormati kerana pendirian berprinsip menentang rasuah dan pengurusan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan Asia,” kata Capili. – The Vibes, 2 Mac 2023

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Sukan 1 hari yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar