web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negeri Ada Zon Merah Terima Keutamaan Vaksin AstraZeneca - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 May 2021 3:21PM

Khairy ketika membuat lawatan di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua negeri yang mempunyai kawasan zon merah COVID-19 akan diberi keutamaan dalam pengagihan vaksin AstraZeneca secara sukarela seperti yang sedang dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun, Menteri Penyalaras Program Imunisasi COVID-19 Nasional, Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata, pengagihan ke semua negeri berkenaan akan dilaksanakan setelah negara mendapat dos vaksin yang seterusnya.

“Kami masih menunggu maklum balas (berkenaan penghantaran dos Astra Zeneca) dari pihak Covax. Kita akan dapat dalam 1 juta dos lagi pada bulan ini.

“Bila kami sudah dapat jadual penghantaran vaksin, barulah kami mula membuka Pusat Pengagihan Vaksin Astra Zeneca (PPVAZ),” katanya.

Setakat ini negeri yang mempunyai mukim merah COVID-19 adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah.

Hari ini adalah pengagihan pertama vaksin AstraZeneca secara sukarela, sejak pendaftaran dibuka pada Ahad lalu.

“Pada hari pertama ini, kami membuka 3 PPVAZ iaitu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (KLWTC), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 682 orang telah disuntik di KLWTC, manakala di UM pula 499 orang dan di UKM pula 493 orang,” kata Khairy dalam sidang media di KLWTC hari ini.

Beliau berkata, program ini sepatutnya dilaksanakan pada fasa keempat namun terpaksa dipercepatkan susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini. - Getaran, 5 Mei, 2021.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia