web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kajian Impak Inisiatif Payung Rahmah Dilakukan Jun Ini - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 5:00PM

Salahuddin (dua kiri) ketika hadir di Majlis Pelancaran Jualan Rahmah Bersama Sabella di ibu pejabat Sabella Holdings di Batu Caves hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan kajian impak inisiatif Payung Rahmah pada Jun ini untuk melihat sejauh mana pelaksanaannya dapat bertahan lama.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kajian itu akan dibuat selepas enam bulan inisiatif dilaksanakan dan hasil kajian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Inisiatif ini telah berjalan selama tiga bulan, saya telah beritahu kepada kementerian apabila sudah sampai enam bulan nanti kita akan buat satu kajian impak untuk tengok dari segi kemampanan.

“Dengan ini, barulah KPDN akan laporkan hasil kajian kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri supaya dalam bajet tahun depan kita (kerajaan) dapat lihat (meneliti) tawaran, inisiatif atau pemotongan cukai yang boleh diberikan kepada pihak industri yang serius melibatkan diri dalam inisiatif ini,” katanya.

Salahuddin berkata demikian sebagai mengulas pendapat sesetengah pihak bahawa Payung Rahmah adalah inisiatif bermusim kerana peniaga sukar mengekalkan perniagaan jika menjual produk di bawah harga pasaran bagi tempoh yang lama.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jualan Rahmah Bersama Sabella di ibu pejabat Sabella Holdings di Batu Caves hari ini.

Menurutnya setakat ini, inisiatif Jualan Rahmah yang dilaksanakan secara sukarela oleh pihak industri tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan, dapat menurunkan hampir 12,000 barangan keperluan seperti sabun, minyak masak, minuman, pakaian dan biskut.

“Kalau kerajaan tidak melakukan inisiatif ini keadaan akan bertambah parah. Sebab itu, KPDN tampil untuk mencari opsyen tertentu supaya apabila harga sesuatu barang naik akibat faktor cuaca dan sebagainya, kita masih dapat adakan harga Rahmah pada barangan keperluan asas lain,” kata beliau.

Mengenai cadangan kerajaan memperkenalkan inisiatif Insurans Rahmah, Salahuddin berkata setakat ini dua syarikat insurans sudah menyatakan minat untuk menawarkan pakej berkaitan iaitu Etika dan Allianz.

“Dengan Etiqa, kita telah mengadakan libat urus dan mereka menawarkan beberapa pakej Rahmah, dalam masa dua minggu lagi kita akan muktamadkan pakej itu kerana kita kena lihat dari sudut perundangan, peraturan serta kesan jangka masa pendek dan panjang daripada tawaran itu.

“Selain itu, kita perlu dapat persetujuan daripada Bank Negara dan Kementerian Kewangan, kalau sudah menepati kesemua peraturan baru pakej Insurans Rahmah dikemukakan kepada rakyat. 

"Bagi syarikat Allianz pula, minggu depan kita akan adakan libat urus kerana mereka juga mahu menawarkan pakej,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Salahuddin Dekat Di Hati Rakyat, Inisiatif Rahmah Beri Manfaat Besar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Disenarai Hitam Serta-Merta Jika Sekongkol Manipulasi Harga Gula - KPDN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Permintaan Durian Berkurangan Akibat Cuaca Panas Berpanjangan - Pekebun

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 23 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 4 jam yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight