web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 8:24AM

Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan di ruang kawasan jualan Agro MADANI sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika tiada perancangan pada cuti hujung minggu ini. Jom pergi beramai-ramai ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan serta aktiviti menarik yang disediakan sejak semalam sehingga esok.

Antara yang menarik pada hari kedua program hari ini adalah tayangan filem tempatan, 'MALBATT: Misi Bakara' yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai keberanian tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam serangan militia Somalia di Pasar Bakara, Mogadishu pada 1993, di pentas utama pada jam 9 pagi.

Bagi peminat sukan tanah air, jangan lepaskan peluang bertemu wira dan wirawati menerusi program Kopi, Sukan & Aspirasi Bersama Atlet Negara yang menampilkan antaranya R. Sharmendran (karate), Tan Cheong Min (wushu), Natasha Roslan (tenpin boling), Muhammad Ziyad Zolkefli (para olahraga) serta bekas penerjun Cheong Jun Hoong di pentas utama pada jam 11.40 pagi.

Pernah dengar proses bantuan pernafasan (CPR) berirama? Jika belum, berkunjunglah ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dan berpeluang melihat serta mempelajarinya yang dibawakan khas oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di pentas kedua pada jam 11 pagi ini. 

Terdahulu, pada 7.30 pagi tadi telah berlangsung Larian Ria MADANI dengan tema pakaian tradisional melibatkan kira-kira 5,000 peserta yang berlari sejauh empat kilometer mengelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Pada 8 malam nanti akan berlangsung Forum Perdana Ehwal Islam: Keharmonian Dalam Kepelbagaian di pentas utama dengan panel terdiri daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Pengerusi Duat Al-Falah Abdul Hadi Bakri dan Pensyarah Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin. 

Pengunjung juga masih boleh membeli barangan keperluan harian melalui Jualan Mega MADANI dengan inisiatif diskaun harga barangan sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Istimewa bagi pencari kerja, jangan lepaskan peluang hadir ke Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan melibatkan 63 agensi kerajaan dan swasta.

Selain itu, pengunjung yang mempunyai saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun sehingga 50 peratus yang ditawarkan di tapak program.

Esok, akan berlangsung majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan MADANI Rakam Takziah Kepada Keluarga Abdul Taib, Rakyat Sarawak - PM

3

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Suri Rumah Ukir Potret Pemimpin Negara Pada Tembikai

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki