web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 12:44PM

Orang ramai mula beratur seawal 7 pagi tadi untuk mendapatkan diskaun pembayaran saman sebanyak 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di sini, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Seawal jam 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada jam 9 pagi.

Seorang peniaga makanan dari Wangsa Maju, Ismail Aziz, 28, berkata beliau tiba di Bukit Jalil sejak jam 6 pagi tadi, untuk membayar saman kenderaan.

“Peluang mendapat diskaun saman sehingga 50 peratus ini bukan selalu ada…saya akan mengambil peluang ini walaupun terpaksa keluar awal dari rumah.

“Saya tidak kisah untuk beratur panjang dan menunggu lama, kerana saya tidak mahu nama saya disenaraihitamkan kerana ada saman polis,” katanya kepada BERNAMA.

Pensyarah di sebuah universiti swasta di ibu negara, Rosnaini Hamzah, 40, pula berkata, beliau sanggup datang dari Klang ke Bukit Jalil, semata-mata bagi mendapatkan diskaun saman.

“Saya dapat maklumat daripada media sosial PDRM ada beri diskaun saman. Jadi, peluang yang ada ini boleh saya bayar banyak saman tertunggak,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis trafik berkata, setakat ini tiada sebarang ketetapan berhubung kuota untuk membayar saman, namun ia bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata, hanya mereka yang membayar saman sempena program berkenaan di Bukit Jalil sahaja akan mendapat diskaun sehingga 50 peratus.

“Selain itu, mereka yang ada baucar saman juga boleh dapat diskaun 50 peratus, walaupun pembayaran dibuat secara dalam talian,” katanya.

Menurut jurucakap polis, kaunter pembayaran saman di Bukit Jalil akan dibuka sehingga 5 petang, namun ia bergantung kepada keadaan orang ramai yang hadir sekiranya perlu dilanjutkan hingga malam.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jall di sini, bermula hari ini, untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 November tahun lepas.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kerajaan MADANI Rakam Takziah Kepada Keluarga Abdul Taib, Rakyat Sarawak - PM

3

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Suri Rumah Ukir Potret Pemimpin Negara Pada Tembikai

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia