web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Disenarai Hitam Serta-Merta Jika Sekongkol Manipulasi Harga Gula - KPDN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 9:45PM

Salahuddin Ayub - gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan disenarai hitam serta-merta akan diambil terhadap mana-mana pihak termasuk syarikat, pengilang, pemborong atau peruncit yang didapati bersekongkol memanipulasi harga jualan gula putih bertapis kasar dan halus atau dinamakan ‘gula rakyat’ yang disubsidi kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan tidak bertolak ansur dengan pihak yang mengambil kesempatan terhadap usaha kerajaan, malah tindakan tegas terus diambil tanpa kompromi demi menjaga kepentingan rakyat.

“Kepada pengilang, pemborang atau peruncit yang ‘bermain-main’ dan berkomplot dengan harga gula rakyat ini, akan menerima akibat, mereka akan didakwa, disaman dan dibawa ke mahkamah.

“Mereka yang terlibat juga akan disenaraihitamkan serta-merta, menangis air mata darah sekali pun berjumpa saya (minta tidak disenarai hitam)… saya tak berkompromi demi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung sesi penjelasan mengenai kelulusan yang diberikan kepada syarikat gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi mengeluarkan gula putih bertapis jernih yang dinamakan sebagai gula jernih untuk pasaran runcit.

Selain itu, Salahuddin berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk mengapungkan semula harga gula namun sekiranya ekonomi sudah pulih kerajaan bersedia untuk meneliti langkah pengapungan harga barang keperluan itu.

Terdahulu ketika menjelaskan perkara itu, Salahuddin berkata MSM dan CSR dibenar untuk mengeluar dan memasarkan gula jenis baharu itu pada harga jualan runcit yang tidak dikawal oleh kerajaan atau pengapungan harga mengikut pasaran.

“Mengambil kira kos pengeluaran industri gula tempatan termasuk tanggungan kerajaan sekiranya melibatkan pemberian subsidi maka kementerian membenarkan pengeluaran gula jernih untuk dijual di pasaran runcit bertujuan untuk memberikan pilihan kepada pengguna,” katanya.

Pada sesi itu, lima Ahli Parlimen meminta penjelasan lanjut selain rata-rata menyatakan kebimbangan bahawa langkah penjualan gula jernih akan menyebabkan berlaku lebih banyak kes pencatutan harga dan menyembunyikan bekalan gula. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Luar Negara 14 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 8 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan