web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 1:38PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan subsidi bersasar minyak masak berpeket pada tahun hadapan bukan sahaja melibatkan isi rumah, tetapi turut merangkumi agihan kepada peniaga mikro, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, ketika ini sistem subsidi barangan keperluan itu bersifat subsidi pukal, yang dilaksanakan di bawah Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dan ia terhenti di peringkat peruncit.

Beliau berkata, sistem subsidi pukal itu diwarisi daripada kerajaan terdahulu dan Kerajaan Perpaduan akan menambah baik sistem berkenaan, dengan memperluaskannya ke peringkat pengguna bagi mengelakkan berlakunya ketirisan.

“Kementerian melihat yang wajar menerima subsidi ini ialah golongan B40 dan sebahagian golongan M40, sebab M40 pun memerlukannya dan dianggarkan 5.8 juta isi rumah yang akan layak menerima subsidi ini nanti, apabila kerajaan melaksanakannya kelak.

“Sebelum ini apabila kita (melaksanakan) subsidi pukal, kita juga tidak menyasarkannya kepada peniaga mikro. Sehubungan itu, pada masa akan datang kementerian akan menyasarkannya terhadap peniaga mikro kerana mereka juga memerlukan subsidi minyak masak ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Fuziah menjawab soal tambahan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) sama ada kerajaan akan meneruskan kaedah subsidi pukal minyak masak peket bersubsidi dan adakah kerajaan bersedia menggunakan kaedah pindahan tunai kepada pengguna bagi mengelakkan ketirisan agihan subsidi barang keperluan itu.

Beliau berkata, cadangan pindahan tunai kepada pengguna bagi pembelian minyak masak peket mungkin menjadi penyelesaian terbaik, namun mekanisma pelaksanaannya memerlukan penelitian lanjut.

Fuziah berkata, sebelum ini pemberian subsidi minyak masak peket secara pukal, menyebabkan KPDN sukar mengawal warga asing membeli keperluan itu, selain tiada peraturan yang melarang golongan itu daripada membeli minyak masak peket.

Justeru, beliau berkata, menerusi dasar baharu susbsidi bersasar berdasarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan agihan kepada golongan B40, sebahagian M40 dan peniaga mikro, dapat menjamin kuota bekalan minyak masak berpeket sebanyak 60,000 tan metrik sebulan mencukupi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diputuskan Bulan Ini, 3 Kaedah Dipertimbang - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang