web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 5:03PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya menghapuskan harga siling gula demi kesihatan awam, kata Pusat Galen bagi Dasar Kesihatan dan Sosial, mengulas laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023.

Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) itu menyatakan Malaysia sedang berdepan krisis penyakit tidak berjangkit (NCD).

Laporan itu mendedahkan hampir 2.3 juta orang dewasa di negara ini menghidap tiga penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Manakala kira-kira setengah juta atau 2.5 peratus individu dewasa menghidap empat penyakit NCD termasuk obesiti.

“Dijangka tujuh juta individu berumur 18 tahun ke atas di Malaysia sama ada menghidap kencing manis atau pradiabetes menjelang tahun depan. Ramai daripada mereka tidak didiagnos dan tidak tahu status sendiri,” menurut laporan itu.

Ketua pegawai eksekutif Pusat Galen bagi Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Khalib berkata Malaysia kini mempunyai kadar diabetes tertinggi di rantau Pasifik Barat dan antara tertinggi di dunia, menambah penyakit itu menelan kos lebih RM3 bilion setahun.

"Kami menyambut baik seruan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) untuk mengambil tindakan segera terhadap pengambilan gula bagi mengurangkan diabetes dalam kalangan penduduk.

“Ketika ini harga gula rendah dan di bawah harga siling berikutan pembayaran insentif yang dibuat oleh kerajaan kepada industri gula, menyebabkan Malaysia, sebuah negara bukan pengeluar gula, mempunyai antara harga gula terendah di dunia. 

“Gula yang murah mendorong pengambilan lebih tinggi. Cukai bersubsidi ini ternyata menentang sebarang 'perang melawan gula' dan dijangka membebankan kerajaan antara RM500 juta dan RM600 juta setiap tahun.

“Tidak masuk akal untuk memerangi penggunaan gula dan memberi subsidi pada masa sama. Dengan diabetes menelan kos lebih RM3 bilion setahun dan penyakit kardio-renal-metabolik lain seperti penyakit buah pinggang, kita tidak mampu mencapai separuh daripada langkah itu pun," katanya dalam satu kenyataan.

Azrul mencadangkan kerajaan mengenakan surcaj 10 peratus ke atas semua makanan dan minuman yang dijual di premis makanan berlesen yang beroperasi antara 12 tengah malam hingga 6 pagi, sekiranya tidak mahu melaksanakan larangan kedai makan 24 jam.

Jelas beliau, dana yang dikumpul boleh disalur dan diperuntukkan untuk rawatan NCD termasuk diabetes, penyakit kardiovaskular, buah pinggang, darah tinggi dan kanser.

Beliau seterusnya berkata, pengambilan makanan pada waktu malam akan menyebabkan berat badan seseorang individu naik dua kali ganda.

"Apabila digabungkan dengan gaya hidup yang kurang bergerak, tidak hairanlah sekurang-kurangnya separuh daripada populasi kita sama ada obes atau menuju ke arah itu."

Azrul selain itu menggesa kerajaan meningkatkan duti eksais sedia ada ke atas rokok dan produk tembakau serta mengehadkan kepekatan nikotin dalam produk vape kepada dua peratus.

"Menaikkan kadar cukai eksais kepada 77 sen untuk sebatang rokok atau 61 peratus cukai eksais daripada harga runcit akan menjana hasil cukai tambahan sebanyak RM771.8 juta.

"Bersama dengan jangkaan cukai yang dikutip daripada vape nikotin, ini akan memberi hasil sekurang-kurangnya RM1.2 bilion," katanya. – The Vibes, 19 Mei, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang