web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 12:16PM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM9.65 bilion sudah dibelanjakan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu adalah anggaran yang dibuat berdasarkan perbelanjaan pada 2017 dengan laporannya diterbitkan tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah perbelanjaan untuk rawatan diabetes sahaja mencecah RM4.38 bilion atau 45.38 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan dalam rawatan penyakit NCD.

“Ini diikuti rawatan penyakit kardiovaskular dengan sejumlah RM3.93 bilion atau 40.73 peratus dan RM1.34 bilion atau 13.89 peratus bagi rawatan kanser,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Zaliha menjawab pertanyaan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), yang ingin tahu jumlah dibelanjakan untuk menangani NCD terutamanya diabetes dan perancangan untuk menangani prevalens NCD yang tinggi di Malaysia.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, perbelanjaan bagi rawatan NCD itu merangkumi perbelanjaan kemasukan ke hospital, penjagaan primer di klinik kesihatan, rawatan pesakit luar di hospital, pemeriksaan dan ujian kesihatan serta pembiayaan perubatan.

Menurutnya pada 2017, NCD sudah memberi impak negatif kepada ekonomi dengan kos tidak langsung akibat penyakit itu adalah RM12.88 bilion dalam bentuk kehilangan produktiviti.

“Diabetes mencatatkan kehilangan produktiviti tertinggi sebanyak RM5.74 bilion dan kardiovaskular RM5.32 bilion,” katanya.

Sebagai langkah intervensi dan usaha advokasi mengenai bahaya penyakit NCD, Dr Zaliha berkata, kementerian akan melancarkan satu pelan advokasi gula dalam masa terdekat.

“Kami juga dalam fasa akhir sesi libat urus dengan persatuan penjaja dan peniaga kecil di Putrajaya untuk sediakan minuman tanpa gula kepada masyarakat bagi kempen kurangkan gula dengan slogan ‘satu sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik’,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Projek Hospital Kemaman Baharu Kini 75 Peratus, Siap Ogos 2024

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

Semasa 9 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sukan 21 jam yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar