web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2024 5:14PM

Dr Zaliha Mustafa melihat antara haiwan liar yang terdapat di 99 Wonderland Park - gambar Sophia Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha membantu mempromosikan produk pelancongan tempatan khususnya di sekitar ibu kota sedang giat dilakukan, bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, usaha digerakkan Jabatan Wilayah Persekutuan itu dilakukan secara agresif dan sistematik agar pulangannya mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut beliau, Kuala Lumpur dan Lembah Klang secara zahirnya memiliki kepelbagaian konsep dan berpotensi diterjemahkan sebagai produk pelancongan yang menarik. 

“Macam 99 Wonderland Park ini, siapa sangka kita boleh menyaksikan hidupan liar di tengah kesibukan ibu kota?

“Siapa sangka di bandaraya Kuala Lumpur yang padat sebagai pusat ekonomi, ada produk pelancongan untuk ditonjolkan kepada pelancong,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan lawatan ke 99 Wonderland Park di sini malam tadi.

Turut hadir ialah pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee. 

Jeff B K Lee (depan) mengiringi Dr Zaliha Mustafa menyaksikan haiwan liar yang terdapat di 99 Wonderland Park - gambar Sophia Ahmad
Jeff B K Lee (depan) mengiringi Dr Zaliha Mustafa menyaksikan haiwan liar yang terdapat di 99 Wonderland Park - gambar Sophia Ahmad

Taman tema seluas 9.2 hektar milik Kumpulan JL99 itu menampilkan pelbagai tarikan, termasuk lebih 60 spesies haiwan liar yang diimport dari serata dunia.

Dibuka bermula jam 5 petang sehingga 11 malam untuk hari biasa dan 5 petang hingga 12 tengah malam  pada hujung minggu, taman ini turut mencatat sejarah apabila diiiktiraf dalam Buku Rekod Malaysia (MBR), susulan kejayaan mengadakan pertunjukan air pancut muzikal terbesar.

Taman terbabit turut menerima pengiktirafan MBR atas kejayaan menganjurkan air pancut muzikal bersama animasi 3D.

Mengulas mengenai 99 Wonderland Park, Dr Zaliha berkata, beliau amat berbesar hati dijemput sebagai tetamu untuk menyaksikan tarikan yang ada di taman tema berkenaan.

“Taman ini mengamalkan konsep terbuka di mana pengunjung dapat dekati burung dan haiwan eksotik yang dijaga rapi.

“Taman ini juga merupakan taman rekreasi pertama di Kuala Lumpur yang menampilkan persembahan LED Musical Dancing Fountain dengan Animasi 3D,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 bulan yang lalu

Produk Pelancongan Domestik Mampu Guna Teknologi Canggih Jika Kena Caranya

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Projek Hospital Kemaman Baharu Kini 75 Peratus, Siap Ogos 2024

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 40 minit yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 15 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 23 jam yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad