web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 4:30PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mahu acara dan program pelancongan yang dianjurkan di negeri ini memberikan impak maksimum supaya rakyat mendapat manfaat keseluruhannya.

Beliau berkata sebanyak 50 aktiviti dan program disenaraikan dalam Kalendar Acara Pelancongan Negeri Sembilan 2024 (COE 2024) perlu dipromosikan serta dilaksanakan sebaiknya bagi meningkatkan kehadiran pengunjung ke negeri ini.

"Pastikan bahawa program yang dirancang dapat diatur dengan lebih kemas dan saya selalu ingatkan bahawa program itu harus memberi impak yang maksimum.

"Kita mahu perbelanjaan dikeluarkan memberi manfaat kepada rakyat, oleh itu apa jua penganjuran seharusnya tidak berulang-ulang setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan COE 2024 di sini, hari ini.

Menurut Aminuddin setiap daerah di negeri Adat Perpatih mempunyai keunikan tersendiri yang berpotensi menjadikan negeri ini antara lokasi pelancongan utama negara.

Susulan itu, beliau berkata agensi terlibat diharap dapat mengembangkan potensi pelancongan di setiap daerah seperti Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson dan Tampin.

"Sebagai contoh, Port Dickson (keunikan) dengan keindahan pantai, Jelebu keunikan alam semula jadi, Tampin lokasi sesuai untuk peminat acara ekstrem, manakala Kuala Pilah dengan tarikan kebudayaan.

"Jika program pertama menarik kehadiran mencecah 10,000 pengunjung, program seterusnya perlu lebih bertambah (kehadiran)... acara itu perlu menjadi ikon penting di negeri ini, kita tidak mahu program berulang-ulang," katanya.

Sementara itu, terdapat tiga kluster utama segmen acara pelancongan diberikan fokus menerusi COE 2024 iaitu berkaitan pantai, ekopelancongan serta adat dan warisan.

Aminuddin berkata, penyenaraian acara itu mengambil kira semua elemen termasuk kekuatan dan impak penganjuran acara berkenaan dalam usaha menarik minat pengunjung, selain sumbangan terhadap sosioekonomi negeri.

Antara acara ikonik COE 2024 ialah NS Fest, Pesta Bola Ngoca, Trans Naning Ultra Ns Challenge 2024, Tampin MTB Jamboree, Sopit Biru Sungai Timun, Kejuaraan Petronas Cubprix dan Kejohanan Motorcross Daerah Jempol, dengan acara berkenaan sentiasa dinantikan oleh pelancong tempatan serta antarabangsa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar