web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 8:08AM

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis menahan dua individu disyaki memiliki dadah seberat kira-kira lima kilogram (5kg) di tempat letak kereta di Bandar Baharu Nilai di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki dan wanita tempatan berusia awal 40-an itu ditahan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri pada jam 1.50 pagi.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut menemukan lima bungkusan dadah disyaki jenis syabu seberat 5,225 gram (g). Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek lelaki mempunyai empat rekod kesalahan lampau narkotik dan dua rekod lampau berkaitan jenayah, manakala suspek wanita tiada rekod kesalahan lampau," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 10,450 penagih dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan syabu dan sitaan adalah RM172,625.

Ahmad Dzaffır berkata, dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar negeri ini, Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek kemudian direman selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi