web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 12:24PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Penjimatan daripada langkah menamatkan subsidi ayam wajar disalurkan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri penternakan ayam di negara ini seterusnya menghasilkan ayam bermutu tinggi untuk rakyat. 

Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Sabah, Herniza Roxanne Marcus berpendapat dana daripada subsidi itu dapat disalurkan untuk R&D bagi menghasilkan baka ayam yang lebih baik dan berkualiti tinggi.

Selain itu, katanya, ia juga dapat membantu penternak ayam tempatan yang bersaiz kecil dan sederhana meningkatkan produktiviti serta kualiti pengeluaran masing-masing. 

"Pada masa sama, kaedah ini dapat meningkatkan pengeluaran bekalan ayam domestik dan mengurangkan kebergantungan negara kepada ayam import untuk memenuhi permintaan bekalan dalam pasaran tempatan," katanya kepada BERNAMA.

Pada 30 Oktober lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sejak Februari tahun lalu.

Herniza Roxanne berkata, dana daripada penjimatan subsidi ayam juga boleh digunakan untuk meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat terutama di Sabah antaranya bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), membina sekolah, hospital, klinik serta kemudahan asas lain.

Beliau berkata, bantuan kepada penternak bertaraf PKS khususnya sudah tentu akan memperkasakan industri itu kerana ia adalah penyedia peluang pekerjaan yang signifikan kepada rakyat terutamanya di Sabah.

"Kerajaan perlu merancang dengan teliti bagi memastikan pelaburan daripada dana itu dapat disalurkan kepada rakyat dengan saksama," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan harga ayam yang sudah diapungkan juga perlu ada situasi menang-menang dalam rangkaian pengeluaran ayam di pasaran supaya pengguna tidak terbeban dengan harga yang berubah-ubah.

Herniza Roxanne berkata, langkah itu bagi mengelak supaya tiada pihak yang akan mengambil kesempatan mahupun menjadikannya sebagai 'lesen' untuk mendominasi harga ayam di pasaran.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi mengelakkan harga ayam melambung naik terutamanya pada musim perayaan.

Presiden, Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berpendapat sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan program atau insentif tertentu untuk mewujudkan penternakan ayam dalam kalangan petani atau pekebun kecil, komuniti setempat melalui koperasi sedia ada.

Beliau berkata, ini mampu direalisasi menerusi dana daripada penjimatan subsidi ayam itu, dengan latihan dan pendidikan dalam bidang penternakan khususnya ternakan ayam juga harus diperkenalkan dengan lebih meluas kerana negara masih mempunyai kawasan tanah yang luas dan terbiar.

Nordin berkata, langkah itu penting kerana penamatan subsidi ayam belum tentu akan merancakkan lagi sektor penternakan ayam kerana kos-kos yang berkaitan dengan pengeluaran dan penyelenggaraan ladang haiwan itu masih tinggi.

"Ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya sukar mendapatkan tanah untuk disewa, bantuan kewangan atau pinjaman daripada institusi kewangan, program dan insentif untuk penternak ayam yang ingin menceburi bidang ini juga masih kurang jelas.

"Justeru, pelbagai langkah dan persediaan harus diambil untuk mengembalikan keseimbangan permintaan dan pengeluaran telur dan ayam tempatan supaya bekalan sentiasa ada untuk memenuhi permintaan pengguna," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diputuskan Bulan Ini, 3 Kaedah Dipertimbang - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki