web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Bersasar Diputuskan Bulan Ini, 3 Kaedah Dipertimbang - Rafizi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 2:23PM

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri akan berbincang dan memutuskan mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar pada bulan ini dan dijangka dilaksanakan selepas Mac 2024, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata setakat ini, tiga kaedah dipertimbangkan bagi pemberian subsidi bersasar iaitu mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih kepada individu menerusi pendekatan perlindungan sosial, isi rumah melalui pendekatan hibrid iaitu perlindungan sosial dan bantuan sosial serta isi rumah dan individu menggunakan kaedah kad subsidi. 

Malah, katanya, pelaksanaan subsidi bersasar itu hanya dapat dilakukan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka kepada rakyat bagi membolehkan semakan maklumat serta verifikasi kelayakan setiap isi rumah dijalankan.

"Mengikut keputusan sekarang, PADU akan hanya dibuka pada Januari 2024 dan tempoh masa untuk rakyat mengemaskini serta mengesahkan maklumat dalam PADU adalah selama tiga bulan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai mekanisme subsidi bersasar berkenaan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Rafizi berkata, perancangan setakat ini adalah untuk memastikan keseluruhan keputusan, sistem, kaedah telah disusun sewajarnya sebelum Jemaah Menteri memutuskan tarikh sebenar pelaksanaannya.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kadar atau jumlah subsidi bersasar berkenaan akan mengambil kira beberapa faktor semasa termasuk unjuran ekonomi sewaktu diputuskan serta faktor lain.

"Kita tak nak sebut awal (mengenai kadar dan jumlah) kerana akan menyebabkan spekulasi inflasi...(maklumat ini) akan dijelaskan secara berperingkat," kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Perdana Menteri 'Tokoh Paling Baik' Sandang Tugas Menteri Kewangan - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki