web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perdana Menteri 'Tokoh Paling Baik' Sandang Tugas Menteri Kewangan - Rafizi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 3:23PM

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri dilihat sebagai ‘tokoh paling baik’ bagi menyandang tugas sebagai Menteri Kewangan, sesuai dengan peranannya yang memiliki tanggungjawab paling besar bagi memastikan tatakelola perolehan negara yang telus.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, di bawah Kerajaan Perpaduan, tugas merungkai dan memulihkan ekonomi negara bukanlah hanya tugas Kementerian Kewangan semata-mata, sebaliknya diagih-agihkan mengikut kementerian dan digalas kesemua Jemaah Menteri, berbeza dengan pentadbiran sebelum ini.

“Sebenarnya bidang kuasa Menteri Kewangan adalah untuk urus soal fiskal, pandangan saya, itulah silapnya sebelum ini, kerana Perdana Menteri pusatkan semuanya pada dia jadi dia tidak sempat buat. Jadi sekarang ini dari segi pecahan kerjanya, sebahagian besar dari segi pelan perancangan ekonomi dan dasar jangka sederhana dan masa panjang ditentukan oleh Kementerian Ekonomi.

“Kemudian pelaksanaan itu diusahakan bersama dengan kementerian-kementerian yang ada mandat dan tanggungjawab itu dan urusan dari segi tatakelola kerana Menteri Kewangan bertanggungjawab (agar) proses perolehan itu benar-benar telus, sebab itu pandangan saya tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan adalah Perdana Menteri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang mahu tahu sama ada sudah tiba masanya Perdana Menteri melantik Menteri Kewangan sepenuh masa, kerana berpendapat proses pemulihan ekonomi negara ketika ini adalah gagal.

Rafizi berkata, di bawah pentadbiran semasa, ini adalah kali pertama sejak bertahun-tahun, yang menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara dalam tiga suku berturut-turut, termasuk kadar kemiskinan paling rendah dan kenaikan gaji lebih tinggi. 

“Kemiskinan paling rendah, kenaikan gaji lebih tinggi sebelum ini, pertumbuhan ekonomi, inflasi paling rendah, jadi dekat bahagian mana Pagoh yang kata bahawa rakyat tidak ada keyakinan. Sedangkan kita lihat sedikit demi sedikit keyakinan itu sedang pulih termasuk dengan kemasukan pelaburan-pelaburan,” katanya. 

Sehubungan itu, Rafizi meminta agar Muhyiddin tidak menyalah guna dan ‘menunggang’ nama rakyat dan pelabur, kononnya dengan mengatakan proses pemulihan ekonomi negara sebagai gagal.

Rafizi berkata, pencapaian Kerajaan Perpaduan dalam aspek pertumbuhan ekonomi itu juga, tidak pernah dilakukan Muhyiddin, yang juga bekas Perdana Menteri, ketika Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara selama 33 bulan. 

“Kerana kita lihat kepada pemulihan ekonomi sekarang, masalah sebelum ini ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu adalah masalah strutktur, ini termasuk soal penglibatan aktiviti ekonomi kita dalam aktiviti-aktiviti bernilai tinggi, kita juga perlukan industri dan roh naratif baharu.

“Kita juga ada masalah dari pasaran buruh, bila kali terakhir kerajaan sebelum ini benar benar menumpukan kepada reformasi pasaran buruh, bila kali terakhir kita berbincang mengenai gaji, bila kali terakhir bincang mengenai bentuk pekerjaan yang tawar gaji lebih tinggi,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi