web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan Insiden Warga Emas Diserang Penguatkuasa MBPJ

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 8:33PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan ke atas insiden seorang warga emas, yang didakwa diserang penguatkuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPBJ) di Taman Kanagapuram, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden itu daripada penguatkuasa yang terlibat dalam operasi berkenaan. 

Menurut beliau, siasatan pihaknya mendapati, lelaki warga emas itu cuba melindungi anjing liar dengan memasukkan tiga haiwan tersebut ke dalam premis miliknya.

“Pengadu dan pasukan penguatkuasa cuba menghalang lelaki tersebut daripada menutup pintu premis, supaya operasi menangkap anjing liar boleh dilaksanakan. 

"Namun, pasukan operasi gagal melaksanakan tugas kerana dihalang warga emas berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, pergelutan antara pasukan penguatkuasa itu berlaku kerana warga emas berkenaan enggan memberi kerjasama kepada anggota MBPJ sehingga dia terkena batang rod. 

Menurut beliau, operasi tangkapan anjing liar itu diadakan pada jam 9 malam 22 Mac lalu, selepas menerima aduan daripada orang awam di kawasan tersebut.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan. 

"Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas mereka," katanya. 

Terdahulu, The Vibes melaporkan, satu insiden melibatkan seorang warga emas dan anjing peliharaan  yang didakwa diserang oleh pegawai MBPJ telah tular di media sosial.

Dalam satu siri klip video yang pertama kali disiarkan di Facebook dan kini diedarkan di aplikasi WhatsApp, seorang penduduk kawasan itu berkongsi mengenai dakwaan serangan tersebut, yang dikatakan berlaku pada waktu malam beberapa hari lalu.

Ia dikatakan berlaku di Jalan 18/17 Taman Kanagapuram dan penduduk mendakwa, kira-kira enam hingga tujuh pegawai MBPJ 'menyerang seorang lelaki tua'.

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung

Rentetan penularan video tersebut,  Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung menuntut penjelasan MBSJ berhubung tindakan pegawainya yang dikatakan memukul seorang warga emas dalam insiden berkenaan.

Katanya, surat rasmi berhubung insiden terbabit telah dihantar kepada Unit Integriti MBPJ untuk tindakan, agar situasi berkenaan diharapkan tidak berulang pada masa depan.

Beliau turut meminta penjelasan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat semasa menjalankan operasi menangkap anjing.

Sementara itu, MBPJ dalam kenyataan balas kepada dakwaan itu berkata, siasatan secara terperinci akan dijalankan dalam insiden terbabit. 

MBPJ juga difahamkan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Dalaman untuk menjalankan siasatan terperinci dalam kes berkenaan. - Getaran, 25 Mac 2023.





 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia