web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM, Sila Siasat Segera Kewujudan Kartel Kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 8:57PM

Hutan Simpan Bukit Lagong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memberikan status terkini siasatan kartel kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong di sini.

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia (PHM), Abdul Razak Ismail berkata, aduan rasmi berhubung kuari tersebut sudah dibuat sejak 7 Oktober tahun lalu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis di pejabat SPRM Selangor.

Menurut beliau, entah kenapa SPRM dilihat agak ‘lembab’ dalam mengambil tindakan, khususnya apabila kes itu melibatkan pimpinan kerajaan negeri.

''PHM sangat dukacita dengan sikap SPRM kerana mengambil masa yang lama untuk memuktamadkan siasatan terhadap aduan salahlaku dan salahguna kuasa serta pencanggahan kepentingan. 

"Kita juga percaya ada berlaku ketidakpatuhan tata kelola dan urus tadbir yang baik melibatkan pimpinan serta penjawatan awam kerajaan negeri Selangor," katanya kepada Getaran, hari ini.

Abdul Razak Ismail
Abdul Razak Ismail

Abdul Razak berkata, PHM amat kesal kerana SPRM dilihat seolah tidak serius dan mengambil sikap sambil lewa terhadap saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya agensi itu mengambil tindakan  ke atas pemimpin politik yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan salahguna kuasa, walaupun melibatkan pemimpin dari partinya sendiri.

"PHM membuat susulan dengan portal aduan secara emel ke Complaint Management System (CMS) SPRM pada 8 Mac dan terkini pada 21 Mac lalu, tapi tiada sebarang jawapan dari SPRM," katanya. 

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata,  aduan kepada SPRM itu adalah kes ‘ straight forward’ dan kerana itu, pihaknya tidak faham mengapa SPRM mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikan siasatan. 

Menurut beliau, semakan mendapati pemberian plot kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong kepada 27 syarikat itu secara ‘permit kecil’ di bawah Seksyen 28, enakmen Perhutanan Negeri Selangor telah melanggar etika tender terbuka.

"Tapisan kelayakan kepada syarikat sangat lemah, apabila ada antara syarikat tersebut memiliki modal berbayar (Paid-up Capital) hanya RM2, RM5, RM25 dan RM100.

"Terdapat juga beberapa pengarah sama memiliki beberapa buah syarikat yang diberi plot kuari tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Abdul Razak berkata, kelulusan plot kuari dalam hutan simpan itu telah melanggar dasar Moratorium 25 tahun (bermula 2010-2035)  tanpa pembalakan dan usul mempertahankan hutan simpan. 

"Berlaku pencanggahan kepentingan apabila Jabatan Perhutanan  Negeri Selangor sebagai pihak berkuasa, meluluskan permit kecil itu dengan pemberian plot kuari tersebut kepada Koperasi Jabatan Hutan Selangor (KOJAHUS) miliknya sendiri. 

"Pada masa sama, ia turut meluluskan plot kepada Menteri Besar Incorporated  (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) iaitu dua anak syarikat kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Abdul Razak berkata, PHM berpandangan syarikat dan koperasi itu tiada mempunyai sebarang pengalaman.

“Mereka juga tidak memiliki sebarang pengetahuan dalam pengendalian aktiviti serta urustadbir kuari," katanya.  - Getaran, 25 Mac 2023.




 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia