web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Mati Tertembak: 3 Rakan Direman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 May 2021 2:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai petang semalam. 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 21, 23 dan 27 tahun merupakan rakan serumah.

Jenazah mangsa akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas semua urusan di sini selesai, katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam semalam, anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu Konstabel Norhalim Tumiran, 25, ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala di rumah berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu, datang ke rumah sewa yang didiami rakan setugasnya itu untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka.

Bagaimanapun, seorang rakan mangsa dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertarik picu dan tertembak mangsa.

 Mangsa yang baru sebulan setengah ditugaskan di sini selepas menamatkan latihan asas kepolisan, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia setahun. 

Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia