web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Doktor Kontrak Mogok Hari Ini Tapi KKM Perlu Bertindak Segera - MMA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2023 9:02PM

MMA mengesahkan tiada sebarang mogok doktor kontrak berlaku di semua penjagaan kesihatan awam di seluruh negara. - Gambar oleh Azim Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengesahkan tiada sebarang mogok doktor kontrak berlaku di kemudahan penjagaan kesihatan awam seluruh negara hari ini, seperti yang ditularkan sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, orang ramai masih bimbang dengan jangkaan mogok dan isu berkenaan perlu ditangani segera oleh pelbagai pihak, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang mahu tahu jika kemudahan penjagaan kesihatan awam beroperasi seperti biasa hari ini.

“Kami memberi jaminan kepada mereka bahawa semua fasiliti berkenaan memang beroperasi, namun kami sangat berharap agar mesej yang lebih kerap diuar-uarkan KKM menerusi kenyataan media dan kemaskini di media sosial demi manfaat orang ramai khususnya pesakit yang berurusan di hospital.

“Ini akan meredakan ketakutan mereka dan meyakinkan orang ramai bahawa semua perkhidmatan penjagaan kesihatan awam disediakan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Muruga Raj Rajathurai
Dr Muruga Raj Rajathurai

Dr Muruga berkata, mesej mengenai isu mogok doktor kontrak ini tersebar di media sosial dan ia juga perlu dibalas dengan mesej yang betul daripada pihak berkuasa.

“Orang ramai dinasihati untuk mengesahkan maklumat diterima dan hanya mempercayai sumber yang boleh dipercayai untuk sebarang berita atau maklumat,” katanya.

Mogok Doktor Malaysia sebelum ini mendakwa, terdapat doktor kanan cuba mengugut doktor kontrak untuk tidak menyertai mogok selama tiga hari yang dijadualkan bermula hari ini.

Susulan itu, kumpulan terbabit menerusi hantaran terbaharu di Instagram mengingatkan semua pihak, termasuk pakar perubatan agar tidak menekan petugas kesihatan yang akan terlibat dalam mogok berkenaan.

Kumpulan terbabit turut meminta doktor kontrak yang menerima ugutan menghantar nama masing-masing berserta bukti tangkap layar mesej untuk tindakan susulan.

Dalam hantaran sama, kumpulan itu turut memuat naik tangkap layar mesej, didakwa dihantar seorang doktor pakar kepada doktor kontrak yang melarangnya mengambil cuti sakit (MC) atau cuti kecemasan (EL).

Menerusi mesej itu, pakar tersebut menegaskan, tindakan akan diambil oleh ketua bahagian jika doktor kontrak mengingkari arahan berkenaan. 

Semalam, jurucakap Mogok Doktar Malaysia memaklumkan, mereka tetap akan meneruskan rancangan untuk mengadakan mogok itu meskipun dilarang KKM.

Menurutnya, semua doktor kontrak yang menyokong gerakan itu diarahkan supaya mengambil MC atau EL sepanjang tempoh berkenaan.

Malah katanya, mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan beramai-ramai atau berdemonstrasi.

Dalam hantaran berasingan, kumpulan tersebut turut menasihati orang ramai supaya tidak datang ke fasiliti kerajaan, sebaliknya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta.

Sebelum ini, kumpulan terbabit mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok tersebut.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada kerajaan, KKM dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa 21 Februari lalu, mereka menuntut semua pegawai perubatan kontrak diserapkan ke jawatan tetap, tanpa sebarang syarat atau temu duga, selain meningkatkan gaji asas serta kadar on call pakar perubatan dengan pegawai perubatan.

Pada masa sama, kumpulan terbabit juga meminta pihak berkaitan mengatasi masalah kekurangan pakar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera. - Getaran, 3 April 2023.


 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia