web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Inisiatif Bitara Madani Laksana Usaha Beri Lebih Keselesaan Kepada Orang Ramai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 3:40PM

Mohd Zuki Ali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Program Inisiatif Bitara MADANI kini melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi lebih keselesaan kepada orang ramai seperti mengurangkan kesesakan di hospital, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pembangunan sekolah daif di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kesemua inisiatif berkenaan yang dikelolakan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) itu melihat kepada pelaksanaan yang menggunakan kos rendah, berimpak tinggi dan boleh dilakukan secara pantas.

“Dalam hal ini, perekayasaan proses kerja dan semakan semula peraturan dibuat oleh penyelaras bersama STAR iaitu Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sendiri.

“Ia amat penting untuk melihat penambahbaikan bagi memendekkan, memudahkan serta mengoptimumkan sumber yang ada dalam pelaksanaan sesebuah inisiatif,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan MyMudah 2023 peringkat Pahang di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman dan Pengarah Pembangunan Pahang Datuk Zulkifli Yaacob.

Mohd Zuki berkata bagi konteks negeri pula, inisiatif MyMudah diperkenalkan dengan tujuan memudahkan urusan perniagaan agar dapat memberi kelebihan kepada kerajaan negeri menarik lebih banyak pelabur.

“Dengan memudahkan urusan perniagaan, pertumbuhan ekonomi tempatan dapat ditingkatkan selain pada masa sama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Inisiatif seperti ini boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di peringkat negeri,” katanya.

Pada ucapannya, Mohd Zuki juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pahang kerana berjaya menubuhkan Unit MyMudah yang pertama di wilayah Pantai Timur di samping kejayaan melaksanakan projek MyMudah seperti inisiatif F8 bagi menambah baik urusan pembinaan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan isu berkaitan penginapan sementara pekerja asing oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad