web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keganasan Terbaru Rejim Zionis, Malaysia Perlu Lebih Tegas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 6:17PM

Zulkifli Mohamed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Malaysia perlu memberi reaksi lebih tegas susulan keganasan terbaharu pihak keselamatan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. 

Serangan tidak bertamadun ketika umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih bukan berlaku sekali dua, tetapi boleh diibaratkan sebagai acara tahunan rejim Zionis setiap kali Ramadan tiba.

Pengerusi AMANAH Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, sikap membisu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) bukan menghairankan kerana pertubuhan itu dikuasai pelobi Israel. 

“Setakat PBB, kita tidak hairan sangatlah kerana mereka memang pro Israel. Yang kita pelik, negara Asia Barat yang menjadi ahli Liga Arab dan negara Islam selaku anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pun diam membisu bila kejadian seperti ini berlaku di sana (Palestin). 

“Jadi, saya fikir kerajaan Malaysia kena bertindak lebih tegas dalam hal ini. Sekarang bukan zaman (setakat) hantar nota bantahan sahaja, kita kena tunjukkan ketegasan kita dan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Arab yang cenderung menyokong rejim Israel,” katanya di sini, hari ini. 

Dalam kejadian malam Jumaat lalu, kira-kira 170 jemaah termasuk kanak-kanak cedera selepas tentera Zionis bertindak melepaskan tembakan peluru getah, bom pegun dan bom asap ketika mereka sedang menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Al Aqsa.

Laporan Palang Merah Palestin bagaimanapun menyebut, jumlah mangsa cedera akibat serangan itu mungkin lebih daripada apa yang diumumkan media tempatan. 

Zulkifli berkata, sikap biadab rejim Zionis itu sentiasa dilindungi kuasa besar dunia yang turut mempunyai hubungan akrab dengan negara utama Asia Barat seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

“Mereka (rejim Zionis) sudah lali dengan kecaman masyarakat dunia, jadi tidak perlu buang masa dengan hantar (nota) bantahan atau demonstrasi di depan Kedutaan yang pro Israel. 

“Kita perlu desak negara anggota OIC dan Liga Arab yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar memutuskan hubungan secepat mungkin, selain meminta mereka (rejim Zionis) menghentikan tindakan kejam terhadap penduduk Palestin,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia