web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gelaran Darjah Kebesaran Penghormatan Tinggi, Nilainya Perlu Dipelihara - MDDM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 2:33PM

Samson David Maman (bertopi) ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Puchong Jaya, Kuala Lumpur hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penganugerahan sebarang Darjah Kebesaran oleh istana yang membawa gelaran seperti Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri adalah penghormatan tinggi ke atas jasa dan sumbangan seseorang individu.

Justeru, pemakaian gelaran seumpama itu seharusnya dilakukan dengan cara penuh terhormat dan bermaruah, agar nilainya terus terpelihara.

Setiausaha Agung Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM), Datuk Samson David Maman berkata, imej dan prestij Darjah Kebesaran ini malangnya telah dicemar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menjual gelaran palsu untuk individu lapar status dan kuasa.

Menurut beliau, sikap tamak segelintir individu berkenaan menyebabkan golongan ‘Datuk’ palsu semakin bermaharajalela di Malaysia.

“Kami amat kesal apabila mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab menjual gelaran Datuk palsu.

“Orang ramai seharusnya jangan mudah terpedaya sehingga sanggup membeli gelaran hanya kerana ingin dipandang mulia oleh masyarakat,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Puchong Jaya di sini hari ini.

Samson menyatakan demikian selepas membuat laporan polis berhubung penggunaan gelaran Darjah Kebesaran palsu oleh segelintir individu.

Getaran difahamkan, laporan polis itu dibuat ke atas sembilan individu.

Jelas Samson, adalah amat mengejutkan apabila majoriti pemegang gelaran palsu itu terdiri daripada barisan personaliti, tokoh korporat, ahli perniagaan terkemuka dan figura ternama dalam industri hiburan, yang pastinya dikenali ramai.

“MDDM malah memiliki senarai sebuah keluarga yang kesemuanya menggunakan gelaran palsu semata-mata untuk menaikkan imej mereka dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau turut mendedahkan kewujudan sebuah akaun Instagram dikenali sebagai @checkmytitle yang mendedahkan identiti sebenar pemegang gelaran palsu.

“Kami tidak tahu siapa pemilik akaun tersebut, tetapi ia membuktikan bahawa sudah ada kesedaran dalam diri rakyat untuk membongkar identiti pemegang gelaran palsu ini,” katanya.

MDDM jelas Samson, menerima ratusan aduan sejak Mei 2021 berhubung perkara berkenaan.

Tambah mengecewakan jelas beliau, pengguna gelaran palsu tersebut dengan sesuka hati bertindak di luar batas, termasuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Semua ini akan memalit nama buruk pada pemegang gelaran yang benar-benar tulen. 

“Laporan polis juga akan dibuat terhadap seorang individu yang menyalahgunakan gelaran Tan Sri. Siasatan dan tindakan segera perlu diambil ke atas individu ini,” katanya. 

Getaran pada awal April lalu mendedahkan, seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia didakwa menggunakan gelaran darjah kebesaran palsu, yang kononnya dianugerahkan oleh Istana Pahang.

Isu berkenaan timbul semula susulan penyebaran surat rasmi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, yang menafikan individu terbabit telah dianugerahkan darjah kebesaran tersebut.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Afiq Tahar berkata, surat bertarikh 23 Mac itu telah diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Ampang Jaya. 

Katanya, beliau juga telah membuat laporan polis ke atas individu terbabit pada 7 Mac lalu kerana mendapati wujud unsur penipuan yang ketara.

Dakwanya, lelaki terbabit juga menyandang portfolio kanan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Ampang. - Getaran, 1 Mei 2023

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 20 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang