web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Darah Diperlukan, Orang Ramai Diseru Menderma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 9:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara memerlukan antara 400 hingga 500 beg darah sehari untuk kegunaan sekitar Lembah Klang.

Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan sejumlah besar kempen menderma darah terpaksa dibatalkan, sekali gus menjejaskan bekalan darah sedia ada.

Jurucakap Pusat Darah Negara berkata, bekalan darah di premis itu dan beberapa tabung darah negeri bakal mengalami penyusutan ketara susulan pembatalan semua kempen terbabit.

"Jumlah penderma darah yang tampil juga berkurangan dengan mendadak kerana masing-masing gusar dijangkiti COVID-19 jika datang menderma," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sesuai keperluan, satu kempen derma darah digerakkan mulai hari ini hingga esok di AEON Mall Metro Prima, Kepong.

Kempen tersebut yang bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, diadakan di tingkat satu pusat beli belah berkenaan.

"Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menderma kerana semua proses dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ketat," kata jurucakap itu lagi. - Getaran, 11 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia