web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP: Solat Fardu, Jumaat, Sunat Aidilfitri Dibenarkan Di Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2021 11:06AM

Solat fardu, Jumaat, jenazah dan sunat Aidilfitri dibenarkan dengan tidak melebihi 50 jemaah di masjid dan surau di seluruh Perak. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Solat fardu, Jumaat, jenazah dan sunat Aidilfitri dibenarkan dengan tidak melebihi 50 jemaah di masjid dan surau di seluruh Perak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata bilangan jemaah itu juga termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa kariah di masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Beliau berkata kebenaran itu termaktub dalam pekeliling pelaksanaan aktiviti keagamaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang turut memberi kebenaran kepada 20 jemaah termasuk pegawai masjid dan jawatankuasa kariah di masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang 1,000 jemaah.

"Ia termasuk surau-surau yang diberi kebenaran khas, kawasan Kem Tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang," katanya.

Menurutnya, kuliah juga dibenarkan dalam ruang waktu antara selesai solat maghrib sementara menantikan masuknya waktu solat isyak.

"Tazkirah tidak melebihi 30 minit kepada jemaah yang berada di dalam masjid dan surau sementara menanti azan solat Jumaat turut dibenarkan," katanya.

JAIPk turut menetapkan kehadiran menunaikan solat hanya dibenarkan kepada warganegara lelaki dan berusia 12 tahun ke atas.

Solat sunat Aidilfitri di Perak juga dibenarkan di kawasan lapang dan terbuka tidak melebihi 50 orang dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Takbir raya pula dibenarkan di masjid dan surau namun takbir dari rumah ke rumah serta ziarah kubur tidak dibenarkan.

Semalam, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilapor membatalkan hasrat baginda untuk berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah dan mengadakan jamuan hari raya di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada hari pertama Syawal.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan semalam berkata masjid dan surau dibenarkan mengadakan solat sunat Aidilfitri dengan had jemaah seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Bagaimanapun katanya, Sultan Nazrin tidak membenarkan jamuan diadakan di masjid, surau dan kawasan lapang terbuka selepas solat sunat Aidilfitri. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia