web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berjaya Satukan Nik Abduh, Nik Omar, Netizen Respek Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 9:02PM

Dari kiri Nik Mohamad Abduh bersama Nik Omar, Anwar dan Dr Wan Azizah bergambar bersama sempena kehadiran Perdana Menteri pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, semalam. - Gambar dari Facebook Najib Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan dua anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tular di media sosial menarik reaksi positif netizen.

Pertemuan tersebut diabadikan menerusi dua keping gambar dikongsi seorang netizen, Najib Bakar di Facebook miliknya yang memaparkan Nik Mohamad Abduh dan Nik Omar duduk bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH). 

Selain gambar Anwar dan dua anak Nik Abdul Aziz itu, turut kelihatan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin serta Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nik Mohamad Abduh ketika ini bersama PAS manakala Nik Omar memilih menyertai  AMANAH. 

Gambar berkenaan dipercayai dirakam di Kelantan, sempena kehadiran Perdana Menteri pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, semalam.

Menerusi hantaran sama, Najib Bakar menyifatkan, kedua-dua individu itu sebelum ini ‘dicucuk’ oleh paksi politik PAS Kelantan yang mahu melenyapkan legasi Nik Abdul Aziz. 

Anwar (kiri) berbual dengan Nik Mohamad Abduh (dua dari kiri) dan Nik Omar , sempena kehadiran Perdana Menteri pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, semalam. - Gambar dari Facebook Najib Bakar
Anwar (kiri) berbual dengan Nik Mohamad Abduh (dua dari kiri) dan Nik Omar , sempena kehadiran Perdana Menteri pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, semalam. - Gambar dari Facebook Najib Bakar

“Alhamdulillah, sekarang dua beradik ini disatukan kembali oleh PMX Anwar dan Ustaz Herjunot Ali (Wan Ji Wan Wan Hussin),” katanya.

Dalam pada itu, Wan Ji ketika dihubungi mengesahkan pertemuan itu dan memaklumkan ia dilakukan bagi memastikan legasi Tok Guru Nik Abdul Aziz dapat diteruskan dalam pelbagai aspek. 

"Perdana Menteri mahu legasi itu diteruskan terutama dalam dua aspek besar iaitu pendidikan Islam serta politik yang berasaskan kemanusiaan dan persaudaraan," katanya. 

Pada masa sama, Wan Ji berkata, Presiden PKR itu turut membangkitkan sikap PAS dalam menangani isu yang dibangkitkan supaya tidak menggagalkan usaha kerajaan dalam membina negara. 

"Selain bertanya khabar berkenaan perkembangan terkini berkenaan dua anak tok guru, Perdana Menteri ada menyebut berkenaan semangat persaudaraan antara beliau dengan ramai teman lama, termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang," katanya. 

Umum mengetahui hubungan Nik Abduh dan Nik Omar yang tidak sehaluan dalam berpolitik apabila memilih haluan parti berbeza dan saling bertentangan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PAS menggugurkan Nik Abduh sebagai calon parti itu dan kerusi yang ditandingi sebelum ini diberikan kepada Muhamad Shahir Che Sulaiman.

Nik Omar membuat kemunculan di pentas politik dengan memilih untuk bersama Pakatan Harapan (PH) dan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Salak. 

 Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Gambar fail
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - Gambar fail

Sementara itu, menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyifatkan Perdana Menteri berjaya menyatukan kembali Nik Mohamad Abduh dan abangnya, Nik Omar. 

 Nik Omar Nik Abdul Aziz - Gambar fail
Nik Omar Nik Abdul Aziz - Gambar fail

Ia susulan kedua-dua anak bekas Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilihat tidak ‘sekepala’ selepas mereka memilih fahaman politik bertentangan. 

"Harap semuanya baik, (Allahyarham) Tuan Guru Nik Aziz memang pembela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Suhaidi Jamiun. 

"Datuk Seri Anwar Ibrahim contoh pemimpin Islam, Alhamdulillah, kami berbangga mempunyai Perdana Menteri sekarang ini berbanding dengan sebelumnya," kata pula Mohd Ismail di Facebook. 

"Terkenang ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), keluarga mereka, adik-beradik menjadi goyah. Alhamdulillah, PMX menyatukan adik beradik ini," kata Mohamad Danial Hasan. - Getaran, 13 Mei 2023.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 4 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Genting Highlands: Pemandu Bas Tiada Lesen Mengaku Tak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu