web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jika Mahu Kekal Berkuasa, Sila Selesaikan Isu Ekonomi Rakyat - Johari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 4:42PM

Johari Abdul Ghani - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mencari penyelesaian jelas terhadap permasalahan ekonomi rakyat sekiranya mahu kekal berkuasa dan menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, rakyat mahu kerajaan memastikan bahawa keselamatan makanan negara terjamin agar tiada lagi kekurangan bekalan keperluan harian, seperti ayam dan telur sehingga menjadi kebimbangan pelbagai pihak.

Menurut beliau, kerajaan juga perlu memastikan sistem pendidikan negara diperkasa, bagi memastikan ia mampu menghasilkan pelajar berkualiti, berdasarkan dokumen dasar pendidikan negara.

“Lepas mendapat kualiti pendidikan, rakyat mahu peluang pekerjaan disediakan, tiada guna ada pendidikan namun lepas keluar universiti, mereka perlu menganggur. Apabila telah mendapat kerja, sudah pastinya kita mahu membeli rumah namun masalah pemaju sekarang ini lebih menyediakan rumah untuk golongan M40 dan ke atas.

“Justeru, kerajaan perlu pastikan (membina) rumah yang dicari oleh golongan B40 dengan memastikan jalan raya yang efisien, di samping memastikan setiap rumah itu disediakan juga keperluan elektrik, air dan internet. Ini yang perlu ada pada kaca mata rakyat,” katanya ketika berucap pada program Bicara Rakyat Sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Gelagat delegasi yang hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di sini, hari ini.
Gelagat delegasi yang hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di sini, hari ini.
Anak bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib turut hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.
Anak bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib turut hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Johari berkata, kerajaan digesa mengambil langkah 'luar kotak' dan berani membuat perubahan demi menstabilkan ekonomi serta mendapatkan keyakinan pelabur.

Menurut beliau, pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan agar pelabur serta usahawan tempatan tertarik untuk merancakkan perniagaan mereka yang akan kesan positif kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kerajaan memang tidak tahu buat berniaga, hanya pelabur, usahawan yang tahu kerana mereka akan membuat perniagaan hasil daripada kemakmuran perniagaan dalam Malaysia, maka (mereka) akan wujudkan peluang pekerjaan bagi memenuhi citarasa ekonomi rakyat.

“Apabila kerajaan mendapat pendapatan daripada hasil itu, ada keperluan untuk pentadbir membelanja kewangan itu dengan membina jalan raya efisien, pelabuhan lebih berkualiti. Itulah tugas kerajaan dan institusi pendidikan juga perlu dibina seperti sekolah atau universiti, yang bersesuaian dengan apa rakyat hendak iaitu kualiti pendidikan,” katanya.

Tambah Johari, terdapat juga keperluan untuk kerajaan membina lebih banyak hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

“Kalau kita lihat ekonomi rakyat dan negara itu saling berkait, namun untuk menjayakan kedua-dua ini, kerajaan perlu pastikan kestabilan politik perlu ada integriti, kredibiliti di mata kaca rakyat serta kerajaan mesti kelihatan kompeten dan mempunyai pengalaman untuk mentadbir kerajaan,” katanya. - Getaran, 14 Mei 2023.


 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu