web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Media Malaysia Perlu Waspada Agar Tidak Jadi Mangsa Propaganda Zionis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 7:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Media Malaysia perlu berwaspada agar tidak menjadi mangsa propaganda Zionis sehingga menjadi rakan subahat dalam penderitaan penduduk Palestin, demikian menurut badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembebasan Palestin.

Boycott Divestment & Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) berkata oleh itu, tindakan pantas yang diambil Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah wajar mendapat pujian semua pihak yang ingin melihat pelaporan berita yang tepat terutama peristiwa berdarah yang kini berlaku di Palestin.

“BDS Malaysia hari ini benar-benar ikhlas memuji tindakan pantas yang diambil menteri berkenaan dalam isu pelaporan berita TV Mandarin di RTM pada 11 Mei lepas yang menyebut Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan atau pengganas.

“Kami mengambil maklum bahawa permohonan maaf telah dikeluarkan oleh RTM dan SOP (prosedur operasi standard) akan dikaji semula bagi memastikan tidak ada lagi kesilapan serupa pada masa akan datang,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu juga menyebut memandangkan peristiwa yang berlaku di Gaza kini menjadi tumpuan seluruh dunia, gambaran yang tepat mengenai Hamas dalam pelaporan berita RTM ialah ‘pejuang kebebasan.’ 

“Penentangan bersenjata terhadap pencerobohan asing adalah dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa.

“Malah terdapat sebilangan besar istilah digunakan dalam propaganda Zionis dan yang serupa dengannya dalam media barat bagi mengaburkan isu Palestin serta menyembunyikan kebenaran jelek yang terpaksa dihadapi penduduk Palestin daripada pengguna media terutama di AS (Amerika Syarikat) dan Eropah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kemunafikan dan sikap dwistandard media barat yang terhutang budi kepada Zionis, seperti yang terdapat dalam istilah terbabit, adalah faktor penting dalam penderitaan berpanjangan penduduk Palestin dan kesukaran ke arah mencapai keamanan yang adil di rantau tersebut.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin telah dipanggil memberikan penjelasan manakala pegawai terlibat juga diberikan Surat Tunjuk Sebab. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia