web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 11:54PM

Ustaz Don berkata beliau tidak mendapat apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak RTM tentang keputusan untuk terus merehatkannya daripada Salam Baitullah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah selebriti sensasi, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid mengakui hanya mengetahui tentang dia direhatkan terus daripada rancangan Salam Baitullah yang disiarkan di TV1 menerusi ciapan di aplikasi X yang dimuat naik oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman. 

Keputusan untuk merehatkan Ustaz Don dibuat selepas dia dikatakan kembali mencipta kontroversi menerusi ceramahnya yang disiarkan semalam. 

Menurut Ustaz Don, dia tidak mendapat apa-apa kenyataan rasmi daripada pihak RTM tentang keputusan untuk terus merehatkannya daripada Salam Baitullah. 

"Alhamdulillah selepas direhatkan kali pertama, saya kembali bersiaran bersama Salam Baitullah dua hari yang lalu sebanyak dua episod. 

"Tetapi hari ini saya difahamkan bahawa saya sekali lagi direhatkan sehingga program tersebut berakhir atas alasan yang menggunakan hadis tanpa sumber. 

"Apabila direhatkan, saya akur seperti mana saya menghormati keputusan mereka sewaktu direhatkan kali pertama dulu.

"Tetapi sebagai seorang pendakwah, mempunyai kredibiliti dan nama yang baik sangat penting. Sebab itulah saya lakukan sidang media pada hari ini," katanya ketika ditemui pada sidang media tergempar di restoran miliknya di Putrajaya.

Menjelaskan kontroversi yang berlaku dalam episod semalam, kata Ustaz Don dia tidak menyebut perkataan hadis, tetapi kenyataannya telah dimanipulasikan. 

"Saya baru sahaja dipanggil JAKIM dan telah pun diberitahu tentang garis panduan dalam berceramah supaya semua pendakwah berhati-hati dalam memilih perkataan, jangan letak sewenang-wenangnya pada Nabi (Muhammad SAW).

"Semalam saya berkata ada ulama yang menulis di dalam kitab mereka. Dan ulama yang menjadi rujukan adalah ulama yang kita dokumentasikan tentangnya dalam satu segmen episod semalam. 

"Ulama tersebut ialah Imam An Nawawi Al Bünyan’ı yang merupakan orang Nusantara. Beliau merupakan imam Masjidil Haram dan makamnya terletak di Jannatul Mala. Apa yang saya kongsikan semalam adalah daripada kitab yang dikarang oleh beliau. Kitab beliau adalah Tanqihul Qaul Al Hadith yang menghuraikan (syarah) kitab Lubab Al Hadith. 

"Kalau nak kata saya berkongsi tentang hadis yang tidak betul, maka dua ulama ini yang harus disekat terlebih dahulu. Tetapi siapa yang berani nak kata dua ulama ini tidak betul? Kerana negara kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah," kongsinya. 

Selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang dakwah, Ustaz Don akui ini kali pertama dia berhadapan dengan kontroversi seperti ini dan kali pertama dia melakukan sidang media. 

"Saya di sini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang dimaklumkan oleh pihak JAKIM kepada saya bahawa isu ini isu kecil sahaja. Disebabkan itu saya kembali semula ke Salam Baitullah selepas seminggu tanpa ada apa-apa huraian yang dilakukan. 

"Isu sebelum ini adalah berkenaan kisah Ummu Hanni dan telaga bharut. Ada kitab yang menceritakan tentang telaga tersebut oleh ulama-ulama yang hebat termasuklah ulama di Malaysia. Mereka minta sumber, tetapi tak baca juga," kongsinya

Tambahnya lagi, selepas apa yang berlaku kepadanya dia memaafkan semua orang.

"Saya maafkan semua orang. Tidak ada terguris di hati ini kerana saya mengasihi setiap umat Nabi Muhammad SAW," katanya. - Getaran,  14 Jun 2024

Foto : Helmi Anuar, PR

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tiada Lagi Ustaz Don Di Salam Baitullah, Direhatkan Terus

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Pertikaian Berkaitan Kisah Hidup Nabi, Ustaz Don Direhatkan Daripada Bersiaran 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

Selebriti 1 hari yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

Ia susulan isu mengenai pengajaran atau ceramah yang disampaikan ustaz itu disyaki melanggar beberapa Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

oleh Rahayu MN