web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maut Menanti, Henti Guna ‘Dummy Buckle’ - MIROS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 7:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Penggunaan aksesori keledar tiruan, dummy buckle sebagai alat penyahaktif penggera tali pinggang keledar, atau  penyambung tali pinggang dilihat menjadi kegemaran di kalangan pemandu.

Aksesori ini amat mudah didapati di kedai serbaneka, aksesori kereta atau dalam talian kerana harganya yang murah.

Meski menjadi kegemaran ramai, alat ini sebenarnya boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang akan membunuh dalam diam, kerana ia mengetepikan semua faktor keselamatan ketika memandu.

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati, lebih daripada 12 peratus pemandu pernah menggunakan dummy buckle pada kenderaan masing-masing dan jika ia tidak dicegah sedari awal, peratusnya akan terus meningkat.

Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, penggunaan aksesori ini berisiko menyebabkan beg udara yang menjadi komponen keselamatan utama kenderaan tidak berfungsi pada tahap optimum, sekali gus gagal melindungi pemandu dan penumpang ketika berlaku kemalangan.

“Penggunaan dummy buckle boleh mengakibatkan mangsa terkena hentakan kuat pada stereng dan papan pemuka kenderaan, atau tercampak keluar daripada kenderaan yang seterusnya boleh menyebabkan kematian.

“Perbuatan mengabaikan keselamatan diri dengan menggunakan aksesori berkenaan dan tidak memakai tali pinggang keledar adalah amat berbahaya,” katanya.

Prihatin dengan isu tersebut, MIROS bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bertindak menghasilkan satu video pesanan khidmat masyarakat bagi menerapkan mesej keselamatan jalan raya semasa musim perayaan ini.

Video yang berdurasi selama satu minit tersebut memfokuskan kepada isu penyalahgunaan aksesori tali pinggang keledar tiruan atau dummy buckle berkenaan.

Tambah Dr Khairil Anwar lagi, melalui video tersebut, kesedaran tentang kesan dan akibat aksesori tali pinggang keledar tiruan diharap mampu  disampaikan kepada semua rakyat.

“Setiap nahas jalan raya mendatangkan kos yang besar kepada negara termasuk aspek perubatan, pembaikan infrastruktur, operasi perniagaan dan kehilangan produktiviti.

“Namun begitu, kos paling besar sudah tentulah kehilangan nyawa yang akan memberi kesan sosial amat negatif kepada waris atau keluarga mangsa,” jelas beliau lagi.

Penghasilan video berkenaan tambah Dr Khairil Anwar, diharapkan mampu menghentikan atau setidak-tidaknya mengurangkan penggunaan dummy buckle di kalangan pemandu Malaysia. - Getaran, 16 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Nasib Baik Cekap, Kalau Tidak...

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia