web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:07AM

MAHB berkata aliran pergerakan itu mulai ketara pada minggu ketiga April bersempena sambutan Aidilfitri pada 22 April, 2023 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus mengekalkan aliran pergerakan lebih sembilan juta penumpang bagi April 2023 walaupun turut melibatkan tempoh Ramadan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata aliran pergerakan itu mulai ketara pada minggu ketiga April bersempena sambutan Aidilfitri pada 22 April, 2023.

“Angka sembilan juta itu pertama kali direkodkan pada Disember 2022 yang juga bulan kemuncak bagi tahun tersebut. Malah, angka itu kekal di paras lebih sembilan juta penumpang setiap bulan sehinggalah pada April 2023.

“Aliran pergerakan penumpang antarabangsa pula kekal melebihi paras empat juta iaitu 4.3 juta orang pada April 2023 - mencecah 76.8 peratus daripada paras pada April 2019,” katanya.

Menurut MAHB, pergerakan penumpang domestik mencatat sebanyak 4.8 juta penumpang iaitu 78.4 peratus daripada paras April 2019.

“Walaupun tempoh Ramadan pada tiga minggu pertama April 2023, aliran pergerakan penumpang Malaysia terus melebihi enam juta penumpang, angka kukuh yang diuruskan lapangan terbang terbabit sejak Disember 2022.

“Kedua-dua sektor antarabangsa dan domestik terus merekodkan aliran penumpang mingguan yang menggalakkan, meningkat sekali ganda setiap minggu. Prestasi itu didorong antara lainnya oleh sambutan sempena Aidilfitri, langkah penyambungan semula perkhidmatan penerbangan China Southern dari Guangzhou ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Air China dari Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen di Istanbul pada April 2023 meningkat sebanyak 31.7 peratus daripada April 2022 dengan mencatat 2.8 juta penumpang atau 93.8 peratus daripada paras 2019.

“Aliran pergerakan penumpang antarabangsa mencecah 1.5 juta orang pada April 2023 yang merupakan jumlah kendalian tertinggi pada 2022 ketika waktu kemuncak cuti musim panas serta angka tertinggi setakat tahun ini.

“Jumlah pergerakan penumpang domestik juga menggalakkan dengan mencatat 1.3 juta penumpang dan merupakan peningkatan kecil berbanding Mac lepas,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Inflasi Malaysia Meningkat Kepada 3.3 Peratus Bagi April 2023 - Perangkaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia