web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 9:44PM

Rancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka bermula pada 2026 apabila kapasiti terminal mencecah 90 peratus - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka bermula pada 2026 apabila kapasiti terminal mencecah 90 peratus, kata Kementerian Pengangkutan.

Katanya Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) pada 2019 telah melantik perunding untuk membangunkan Kajian Pelan Induk KLIA bagi tempoh 30 tahun sehingga 2050.

Kajian Pelan Induk tersebut merangkumi keperluan pembangunan yang melibatkan dua fasa bagi menampung keperluan pertambahan sehingga 140 juta penumpang setahun (million passengers per anum - mppa) dan keperluan kargo sehingga 2.5 juta tan setahun.

Kementerian itu berkata Terminal 1 KLIA telah direka bentuk untuk menampung sehingga 30 mppa, manakala Terminal 2 KLIA pula sebanyak 45 juta mppa.

“Berdasarkan unjuran pergerakan penumpang oleh MAHB, kapasiti di Terminal 1 akan dicapai pada tahun 2030 manakala Terminal 2 pula menjangkau melebihi tahun 2030,” katanya dalam jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 2019, Terminal 1 telah merekodkan sebanyak 29.2 mppa manakala Terminal 2 sebanyak 33 mppa.

Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada 2020, menyebabkan pergerakan penumpang di KLIA terjejas dan mengalami penurunan yang amat drastik sehingga 90 peratus (2.1 mppa) iaitu di Terminal 1 dan 96 peratus (1.8 mppa) di Terminal 2 pada 2021.

Buat masa ini, MAHB sedang menaik taraf Sistem Transit Trek (TTS) dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) yang dijangka siap pada penghujung 2025 bagi kemudahan penumpang domestik dan antarabangsa di KLIA.

Mengenai status kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP), Kementerian Pengangkutan berkata ia dijangka siap pada akhir tahun ini.

Kajian ini antara lainnya bertujuan menentukan hala tuju pembangunan lapangan terbang di Malaysia dari segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara, kajian ekonomi dan strategik agar pembangunan sesebuah lapangan terbang itu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan sebenar mengikut data yang sahih dan tepat.

“Kajian ini akan turut meneliti beberapa cadangan pembinaan lapangan terbang baharu termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bagi menentukan kebolehlaksanaan dan kemampanan sesebuah projek tersebut secara holistik.

“Pihak KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd selaku syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah telah mengemukakan hasil kajian kebolehlaksanaan KXP untuk penelitian kementerian yang meliputi dua laporan iaitu Laporan Teknikal dan Komersial,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

3

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Tembak Di KLIA: 'Sila Serah Diri Secara Aman' - Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan