web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengarah Filem Kena Kompaun RM10,000, Jalankan Penggambaran Di Tempat Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 8:01AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang pengarah filem tempatan dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalankan aktiviti penggambaran filem di tempat awam di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kompaun terhadap lelaki berusia 59 tahun dibuat setelah polis menerima maklumat daripada orang awam terdapat penggambaran filem di kawasan terbabit kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Kompaun dikeluarkan oleh polis kepada lelaki itu semasa penggambaran sedang dijalankan di jeti berkenaan.

Individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Jelasnya, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan MKN dalam mengawal jangkitan pandemik COVID-19 memandangkan kes wabak itu masih lagi tinggi. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia