web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


57 Kampung Dilanda Banjir Sekitar Beaufort-Tenom

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 May 2021 12:15PM

57 kampung di dua daerah di Beaufort dan Tenom dilanda banjir kilat awal pagi tadi. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Sebanyak 57 kampung di dua daerah, di sini dilanda banjir awal pagi tadi, ekoran hujan tidak menentu sejak Sabtu lalu.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Sharudin Md Zain berkata, dalam kejadian jam 1 pagi tadi, 46 daripadanya terletak di Beaufort manakala 11 kampung lagi berada di Tenom.

"Sehingga jam 8 pagi tadi, antara kampung yang terjejas di Beaufort adalah Binunuk, Bakalau, Melati, Lumatai, Mempagar, Lawa, Lago, Bingkul, Mapait, Lubak, Jempangah, Selinsing, Kukup, Mentulud dan Tuhu.

"Seramai 29 individu membabitkan empat lelaki, 10 wanita dan 15 kanak-kanak ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir yang mula dibuka jam 1.56 pagi tadi," katanya.

Manakala, 11 kampung yang terjejas di Tenom adalah Kalang Kanar, Bunut, Binsilon, Makakumpai, Mandalom Lama, Pantongan Saga, Batu-Batu, Ponontomon, Pansailon Tanjung, Enubai dan Tumantalik.

Tambah Sharudin, seramai 26 individu daripada lima keluarga turut dipindahkan ke PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar membabitkan tujuh lelaki, lima wanita dan 14 kanak-kanak.

"Ketika ini, bacaan paras air sungai berada pada tahap bahaya iaitu 177.5 meter dan cuaca dalam keadaan mendung 

"APM dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Beaufort dan Tenom sedang dalam keadaan siap siaga dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir lebih besar lagi," katanya. - Getaran, 17 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia