web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP Skala Penuh Dicadang di Selangor Jika Penularan COVID Gagal Dikekang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 9:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berskala penuh di Selangor sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata KKM perlu mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat di negeri itu jika penularan tidak mampu dikekang.

"Saya setuju kita perlu cadangkan kepada kerajaan supaya lebih ketat SOP dan juga PKP sekiranya melihatkan kepada ketidakupayaan mengekang, maka cadangan untuk kita melaksanakan PKP penuh adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan," katanya.

Dr Adham berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya hari ini, ketika ditanya mengenai situasi di Selangor yang terus mencatatkan kes harian tinggi.

Selangor mencatatkan kes harian sebanyak 1,507 kes pada 15 Mei, 1,275 kes pada 16 Mei dan hari ini 1,650 kes.

Aktiviti ekonomi dibenarkan terus beroperasi semasa pelaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara yang bermula 12 Mei sehingga 7 Jun. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia