web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Di Stadium Titiwangsa Akan Ditambah Baik, Elak Kesesakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 8:00AM

CITF akan menambah baik kemudahan di PPV termasuk menambah 4 khemah menunggu serta 500 kerusi secepat mungkin. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan menambah baik kemudahan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa, di sini susulan kesesakan di lokasi itu hari ini.

CITF berkata bagi menangani isu itu pihaknya mengambil keputusan untuk menambah empat khemah menunggu serta 500 kerusi  dengan secepat mungkin.

“Kesesakan itu terjadi kerana laluan kenderaan masuk ke kawasan tersebut agak kecil, selain bilangan khemah dan kerusi di ruang menunggu bagi mereka yang hadir mendapatkan imunisasi agak terhad,”  menurut  CITF dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kapasiti PPV seramai 1,600 sehari ditambah dengan bilangan pengiring menyebabkan jumlah orang ramai yang berada di lokasi adalah berganda dalam satu-satu masa.

Selain itu, keadaan bertambah buruk apabila hujan menyebabkan kenderaan yang menghantar penerima vaksin terpaksa menghentikan kenderaan masing-masing berdekatan dengan pintu masuk PPV.

“CITF memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan masalah kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa dan akan sentiasa menambah baik perkhidmatan kami dari semasa ke semasa,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia