web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Kenderaan Catat Penurunan, Rakyat Patuhi Larangan Rentas Negeri Dan Daerah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 May 2021 8:17PM

Tahap pematuhan rakyat terhadap SOP rentas negeri dan daerah memuaskan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahap pematuhan rakyat terhadap larangan rentas negeri dan daerah yang dikuat kuasakan kerajaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) adalah memuaskan.

Statistik oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mendapati, jumlah aliran trafik pada 1 Syawal tahun ini menurun sehingga lebih 50 peratus berbanding tarikh sama pada tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, jumlah kenderaan yang direkodkan pada Hari Raya iaitu 13 Mei pada tahun ini adalah sebanyak 935,233 buah.

Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,100,568  berbanding waktu sama pada 24 Mei tahun lalu, yang mencatatkan aliran pergerakan 2,035,801 kenderaan.

"Ini dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia mematuhi PKP 3.0 ini melalui larangan rentas daerah dan rentas negeri,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, terdapat peningkatan jumlah kenderaan pada Sabtu lalu iaitu sebanyak 462,373 buah kenderaan yang menggunakan lebuh raya, namun ia kemudiannya menunjukkan penurunan sebanyak 16.5 peratus pada hari berikutnya.

"Berdasarkan pemeriksaan di setiap Sekatan Jalan Raya (SJR) semua pergerakan rentas negeri dan daerah ini mempunyai kelulusan atas urusan Pasangan Jarak Jauh (PJJ), sektor perkhidmatan penting dan kecemasan.

"Malah hasil dari pemeriksaan yang dijalankan mendapati, mereka mempunyai surat kebenaran untuk melakukan pergerakan rentas negeri dan daerah," katanya.

Mengulas mengenai rakaman yang tular disebabkan jumlah kenderaan yang banyak melalui Lebuhraya Karak, Mohd Nadzri menyatakan bahawa ia adalah disebabkan proses pemeriksaan SJR yang dilakukan di Plaza Tol Gombak.

"Apa yang saya ingin tegaskan bahawa tiada kesesakan luar biasa berlaku sebaliknya ia disebabkan oleh kawalan dijalankan oleh pihak polis," katanya. – Getaran, 18 Mei 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia