web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Katil ICU COVID-19 Lembah Klang Di Paras Kritikal - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 10:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 di hospital Lembah Klang sudah mencapai paras kritikal iaitu 89 peratus.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar penggunaan katil di ICU COVID-19 bagi hospital di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan Negeri Sembilan pula sudah melebihi 80 peratus.

Katanya, penggunaan katil di ICU COVID-19 bagi hospital di seluruh negara pula sudah mencapai 74 peratus sehingga semalam.

“Jumlah katil di ICU hospital COVID-19 telah dipertingkatkan khusus untuk pesakit COVID-19 dengan mengubah fungsi wad biasa.

“Bagaimanapun, ia bermakna peluang pesakit bukan COVID-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal, makin berkurangan,” katanya di laman Facebook.

Menurut “Jeneral Perang” sektor kesihatan itu, peningkatan kes COVID-19 secara mendadak kebelakangan ini memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Rakyat adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

“Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!,” luahnya. – Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia