web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Naufal Dengar Suara Panggil Nama, Minum Air Parit Untuk Hidup - Bapa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 1:51PM

Berdasarkan kisah yang diceritakan Muhammad Naufal Adzimi, bapanya berkata anaknya yang berusia 17 tahun itu berada di kawasan sekitar tetapi tidak berupaya untuk menjumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang kehilangannya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelajar tahfiz yang ditemukan semalam selepas tiga hari dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik mendakwa terdengar suara orang memanggil namanya, namun tidak nampak sesiapa.

Berdasarkan kisah yang diceritakan Muhammad Naufal Adzimi, bapanya, Mohd Harriz Muhamed, 46, berkata anaknya yang berusia 17 tahun itu berada di kawasan sekitar tetapi tidak berupaya untuk menjumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang kehilangannya.

"Muhammad Naufal Adzimi juga tidak makan selama tiga hari dan hanya minum air parit yang terdapat di kawasan kebun itu," kata Penolong Jurutera Majlis Daerah Gerik itu.

Mohd Harriz berkata ketika kejadian, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada awal pagi untuk menunaikan solat subuh di Masjid Jamek Gerik sebelum hilang dan tidak pulang.

Beliau berkata anaknya memberitahu ketika menunggang motosikal seorang diri, tiba-tiba dia hilang kawalan sebelum tidak sedarkan diri.

Mohd Harriz berkata usaha pencarian Muhammad Naufal Adzimi hanya menemukan motosikal ditungganginya di kawasan kebun berkenaan sebelum beliau melaporkan kehilangan anaknya itu kepada pihak polis.

Menurutnya, Muhammad Naufal Adzimi yang mengalami beberapa kesan calar pada muka dan badannya kini masih menerima rawatan di Hospital Gerik dan berada dalam keadaan stabil.

Semalam, pasukan SAR melaungkan azan sebelum menemukan pelajar yang dikatakan mengalami kecelaruan minda itu dalam keadaan selamat pada pukul 10.49 pagi kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad dilaporkan berkata lokasi berkenaan sebelum ini telah dibuat pencarian, namun kemungkinan situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak dijumpai sebelum ini.

Terdahulu, operasi hari keempat diteruskan semalam dengan kekuatan anggota 94 orang termasuk polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Parah Dipijak Gajah Di Gerik

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 8 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir