web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Negara Catat Kes Harian Tertinggi Dengan 6,806 Kes - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2021 3:53PM

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas diikuti Kuala Lumpur. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wabak COVID-19 semakin mengganas apabila negara sekali lagi mencatatkan kes baharu tertinggi dalam sejarah iaitu 6,806 kes dengan 2,277 daripadanya dilaporkan di Selangor.

Ini menjadikan Selangor merekodkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas diikuti Kuala Lumpur dengan 655 kes, Johor (615) dan Sarawak (608).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya berkata keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini berjumlah 492,302.

Dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan kes baharu melibatkan 6,804 kes penularan tempatan dan hanya dua kes import menjadikan kes aktif kini 50,171 manakala 3,916 kes sembuh dilaporkan.  

“Jumlah individu yang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) setakat ini ialah seramai 587  kes dengan 330 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata terdapat 24 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan sembilan kluster di tempat kerja, enam kluster keagamaan, tujuh kluster komuniti.

Selain itu, masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, iaitu Tok Dor di Terengganu dan kluster institut pendidikan Kementerian Pendidikan, Kandis di Kelantan.

“Kluster tempat kerja dinamakan Jalan Bunga Azalea di Selangor; Jalan Makasar (Johor), Teknologi dan Jalan Kampung Juru masing-masing di Pulau Pinang; Lorong Karamunsing,  Jalan Tun Fuad dan Jalan Pengalat Lok Kawi masing-masing di Sabah serta Jalan Dato Dol Said dan Bukit Tempayan masing-masing di Melaka.

Kluster keagamaan dilaporkan di Selangor iaitu Jalan Iskandar dan Taman Sri Muda; Jalan Perwira Lapan dan Taman Maju Jaya masing-masing di Johor, Dah Berapit (Kedah) serta Jalan Kretam Silimpopom (Sabah), menjadikan jumlah kluster aktif kini 528,” katanya lagi.

Sementara itu, kluster komuniti melibatkan Kenyalang Park dan Kampung Tebakang masing-masing di Sarawak, Dah Insun (Kedah), Padang Lalang Dua (Pulau Pinang), Batu Lapan Bukit Rambai (Melaka) serta Jalan Dara  dan Sri Tanjung masing-masing di Pahang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia