web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Total Lockdown’ Kelantan Diputus Esok - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 5:01PM

Takiyuddin berkata kerajaan sedar kerjasama antara KKM dan PDRM dapat membantu menyekat penularan wabak COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pelaksanaan total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh akan diputuskan menerusi mesyuarat Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat yang dijangka pada jam 3 itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ia turut dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Kerajaan melihat penularan COVID-19 adalah satu perkara yang amat serius dan berdasarkan statistik kelmarin, jumlah kumulatif kes positif di negara ini sudah hampir setengah juta.

“Kes kematian juga sudah melebihi angka 2,000 dan kita merasakan ia satu perkara yang amat membimbangkan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK), yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menurut Takiyuddin, kerajaan sedar bahawa kerjasama kuat daripada Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membantu mempertahankan wabak berkenaan daripada terus menular.

Turut hadir adalah Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Mengulas lanjut Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, negara selama ini mengambil langkah dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sama ada secara keseluruhan atau bersasar.

Katanya, langkah itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19.

“Pada masa ini, kerajaan memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha untuk menangani COVID-19.

“Perkara yang kurang penting kita tangguhkan dahulu dan fokus kita pada masa ini adalah kepada pandemik COVID-19,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia