web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Pegawai APMM Didakwa Terima Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 May 2021 3:20PM

2 pegawai kanan APMM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan menerima suapan sejak sejak 2 tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dua pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini atas tuduhan menerima suapan sejak dua tahun lalu. 

Dalam kes pertama, tertuduh, Mohd Rusdi Mohd Joha, 47, yang berpangkat Bintara Kanan Maritim, didakwa menerima suapan daripada seorang pemilik kapal melalui orang tengah untuk tidak mengambil tindakan terhadap kapal milik syarikat berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2 April 2020 hingga 11 November 2020, melalui pindahan wang secara atas talian ke akaun milik tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. 

Mahkamah kemudiannya memutuskan tertuduh dikenakan denda RM4,500 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda ditetapkan. 

Sementara itu, di mahkamah sama, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili, Johor, berdepan 13 tuduhan menerima suapan. 

Tertuduh, Mohamad Sulhan Zainon, 51 tahun didakwa menerima suapan daripada seorang pengarah syarikat  sebagai balasan untuk tidak melakukan pemeriksaan terhadap bot milik syarikat terbabit. 

Pendakwaan mengikut Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) juga dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 hingga RM4,000 antara 19 April 2019 hingga 27 November 2020, melalui pindahan wang ke akaun miliknya. 

Tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Shukri Mohamed, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua dakwaan itu dan minta dibicarakan. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Jun ini bagi tarikh sebutan semula kes. - Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia